More
    Home Sarawak Betong Dato Sri Julaihi luah rasa kesal berlaku kes vandalism dan kecurian kabel...

    Dato Sri Julaihi luah rasa kesal berlaku kes vandalism dan kecurian kabel di menara telekomunikasi Kampung Serabang

    KUCHING, 12 DISEMBER 2023 (SNN): Perbuatan vandalisme atau sesuatu tindakan yang mendatangkan kerosakan terhadap kemudahan awam adalah sangat tidak bermoral serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pengguna.

    Menerusi satu hantaran di akaun milik Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, beliau meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila terdapat berlakunya perbuatan vandalisme di salah satu menara telekomunikasi di Kampung Serabang, Saribas baru-baru ini.

    Menurutnya, vandalisme terhadap perkakas di menara telekomunikasi seharusnya tidak berlaku lebih-lebih lagi turut terjadi kecurian kabel-kabel di menara berkenaan yang akhirnya merugikan semua pihak.

    “Perbuatan ini sangatlah tidak bermoral yang akhirnya menyebabkan penduduk di sekitarnya terputus kemudahan telekomunikasi dan pihak yang bertanggungjawab perlu sedar kemudahan itu untuk rakyat, kenapa harus dirosakkan dan dicuri?” soal beliau dengan nada kesal di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

    Aduan yang diterima berhubung kes vandalisme dan kecurian di menara telekomunikasi Kampung Serabang, Pusa.

    Tambah beliau lagi, walaupun sekarang kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan, tetapi ianya memakan masa dan kerugian yang ditanggung adalah besar kerana perkakas digunakan adalah tidak murah.

    Beliau menyeru dan menegaskan kepada semua lapisan masyarakat agar memberhentikan perbuatan terbabit dengan segera kerana mendatangkan kerugian besar selain menyusahkan rakyat lebih-lebih lagi jaringan telekomunikasi adalah satu keperluan di masa kini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...