More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi ketuai rombongan lawatan kerja ke Austria

    Dato Sri Julaihi ketuai rombongan lawatan kerja ke Austria

    AUSTRIA, 10 JULAI 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai rombongan kementeriannya dan agensi Sarawak Energy Berhad (SEB) ke Autria bagi meninjau syarikat pembekal tenaga hijau utama di Eropah, Verbund Energy4Business GmbH.

    Menerusi perkongsian beliau di laman rasmi FB miliknya, Julaihi menjelaskan Verbund Energy4Busines GmbH menghasilkan tenaga dari Run of river power plant dari sungai Danube yang mengalir di Autria.

    Menurutnya, Verbund mempunyai installed capasity sebanyak 6,600 Megawatt (MW) dengan purata penjanaan setahun sebanyak 24.8 kWh dengan anggaran 90 peratus tenaga yang dihasilkan oleh Verbund adalah dari tenaga hidro.

    “Loji di Vienna yang kami lawati mula dibangunkan sejak tahun 1947 dan 51% pegangan saham syarikat Verbund ini adalah milik Kerajaan Austria.

    “Selain di Vienna, Verbund juga sudah menghasilkan tenaga dan sedang membangun Kaprum Pumped Storage Power Plant di lokasi pergunungan yang terletak lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari Salzburg, Austria,” kongsi beliau baru-baru ini.

    Dato Sri Julaihi dan rombongan ketika membuat lawatan di tapak empangan di Sungai Danube, Austria.

    Tambahnya, sejurus tiba di Kaprun Julaihi dan rombongan turut membuat tinjauan ke atas Loji 3 yang sedang dibina pada kadar peratus siap 75% di bawah permukaan tanah sedalam 450 meter melalui terowong khas sejauh 5.5 Kilometer perjalanan dan ianya mampu menjana tenaga sebanyak 480 MW.

    Seterusnya, rombongan kemudian bergerak ke Loji 2 yang sudah siap dan beroperasi sejak tahun 2011 yang juga mampu menghasilkan tenaga sebanyak 480 MW sebelum kemudian bergerak melawat tapak empangan di hulu sungai Danube yang menjadi sumber air utama bagi pump storage Kaprum dan loji lain di Vienna.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...