More
    Home Dunia Dato Sri Julaihi Ketuai Delegasi Sarawak ke Kongres & Pameran Air Dunia...

    Dato Sri Julaihi Ketuai Delegasi Sarawak ke Kongres & Pameran Air Dunia Di Toronto

    TORONTO, 13 OGOS 2024: Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi Sarawak ke Kongres & Pameran Air Dunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2024 (WWCE 2024) yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Metro Toronto.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (MUT), Delegasi Sarawak di IWA WWCE 2024 bertujuan untuk memperoleh wawasan mengenai trend terkini dalam amalan terbaik, teknologi inovatif dalam sektor air dan pendekatan pengurusan.

    Selain itu, mereka akan berinteraksi dengan pemimpin industri untuk memupuk kerjasama baru dalam membentuk masa depan air.

    Untuk makluman, Kongres IWA WWCE 2024 adalah acara global dua tahunan yang menarik ribuan profesional terkemuka, pemikir dan pemangku kepentingan dalam sektor air serta pihak lain yang berminat dalam bidang ini.

    Acara ini menjadi platform untuk meneroka sains perintis, inovasi teknologi, dan amalan terbaik dalam pengurusan air di samping menawarkan peluang rangkaian dan perniagaan baru, serta pendedahan maksimum untuk peserta, pameran, dan penaja.

    Dengan tema utama ‘Membentuk Masa Depan Air Kita’, IWA WWCE 2024 meliputi pelbagai topik termasuk Pengurusan Utiliti Air, Rawatan dan Pemulihan Sisa Air, Penggunaan Air Minum dan Mudah Alih, Perancangan dan Operasi Skala Bandar, Komuniti, Komunikasi dan Kerjasama serta Pengurusan Sumber Air dan Pengurusan Air Berskala Besar.

    Dato Sri Julaihi bersama dif kenamaan lain ketika hadir di Kongres & Pameran Air Dunia 2024-foto UKAS

    Dalam kunjungan itu, delegasi Sarawak dijadualkan bertemu dengan Toronto Water, bahagian perbandaran Bandaraya Toronto yang merupakan Penaja Platinum untuk IWA WWCE 2024.

    Dato Sri Julaihi juga telah mengadakan pertemuan dengan Presiden IWA Tom Mollenkopf dan Pengarah Eksekutif IWA Profesor Kala Vairavamoorthy.

    Kehadiran delegasi ini menggambarkan komitmen Sarawak dalam memupuk kerjasama dan memanfaatkan kepakaran global untuk transformasi sektor air negeri tersebut.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri MUT; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan-Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan; Datuk Dr Penguang Manggil dan Datuk Micheal Tiang Ming Tee, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Jafri Lias, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak; Datu Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi serta pegawai-pegawai dari MUT, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak, Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn. Bhd.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...