More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi gesa pelaksanaan pembinaan SMK Sebuyau baharu dipercepat

    Dato Sri Julaihi gesa pelaksanaan pembinaan SMK Sebuyau baharu dipercepat

    SEBUYAU, 21 JULAI 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi sekali menyuarakan kegusaran terhadap struktur bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang sudah uzur dan memerlukan tindakan segera dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Menerusi perkongsian beliau di laman FB miliknya baru-baru ini, beliau menyatakan SMK Sebuyau merupakan antara sekolah yang uzur di Sarawak dan menunggu untuk dibina di tapak baharu yang sudah lama disediakan di Bandar Baharu Sebuyau.

    Katanya, perkara tersebut sudah banyak kali disuarakan tetapi sekolah yang kian uzur itu masih lagi digunakan untuk menempatkan hampir seribu orang pelajar serta guru yang terpaksa menimba ilmu dalam suasana yang kurang selesa dan tidak selamat.

    “Saya sendiri merasa kesihan melihat para guru dan pelajar terpaksa menggunakan kemudahan yang rata-ratanya boleh dikatakan serba kekurangan atau tidak selamat dibandingkan dengan rakan-rakan guru dan pelajar di sekolah lain yang mempunyai kemudahan yang jauh lebih sempurna.

    “Walaupun terpaksa menggunakan kemudahan dalam serba kekurangan matlamat tetap sama iaitu untuk berjaya dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki setiap tahun dan syukur Alhamudulillah keputusan SPM Tahun 2023 lepas SMK sebuyau menunjukkan peningkatan yang amat baik,” kongsi beliau dalam satu kenyataan selepas membuat lawatan pemasangan khemah pasang siap untuk kegunaan pelajar di SMK Sebuyau pada Sabtu.

    Dato Sri Julaihi ketika membuat tinjauan khemah pasang siap yang akan digunakan pihak sekolah menjalankan aktiviti

    Kongsinya lagi, sejurus ketibaan beliau di sekolah tertabit pengetua dan kedua-dua penolong kanan sudah menunggu untuk memberi taklimat untuk menzahirkan betapa besarnya makna bantuan ruangan khemah terbabit untuk kegunaan para pelajar dan guru.

    “Kerana itulah saya sering kali membangkitkan isu ini (pembinaan segera SMK Sebuyau) agar para pelajar dan guru serta kakitangan sekolah dapat merasai suasana yang sedikit selamat dan selesa jika nak dibandingkan dengan keadaan sekolah yang sekarang yang semakin uzur,” jelasnya.

    Turut hadir sama mengiringi Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bin Bujang dan Pegwai Pusat Khidmat DUN Sebuyau; Ahmad Ayup.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...