More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi berpuas hati projek pembinaan Dewan Masyarakat Kpg Mambai siap...

    Dato Sri Julaihi berpuas hati projek pembinaan Dewan Masyarakat Kpg Mambai siap mengikut jadual

    SEBUYAU, 11 MAC 2024: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi telah mengadakan lawatan kerja Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Menaik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Mambai pada Sabtu.

    Lawatan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Samarahan dan Pejabat Daerah Sebuyau adalah untuk melihat projek yang bermula pada 14 Ogos 2023 dan siap sepenuhnya pada Disember tahun lalu dengan kos projek bernilai RM480,000.

    Dato Sri Julalaihi amat berpuas hati dengan siapnya dewan baharu berkenaan yang mampu memuatkan seramai 300 orang penduduk dalam satu majlis.

    Dato Sri Julaihi ketika membuat tinjauan di dewan masyarakat Kampung Mambai yang telah siap dibina

    Diharapkan dengan siapnya dewan itu, dapat membantu masyarakat menjalankan aktiviti kemasyarakatan disamping mengeratkan hubungan natara kaum.

    Hadir sama, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang, Jurutera JKR Kota Samarahan; Allan Chu Chang Loong dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sekitar Sebuyau serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mambai.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...