More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi adakan tinjauan beberapa projek RTP di bawah DUN Sebuyau

    Dato Sri Julaihi adakan tinjauan beberapa projek RTP di bawah DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 30 JUN 2024: Menteri Utiliti dan Telekomunukasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi telah menyertai lawatan tapak projek di bawah projek Program Transformasi Luar bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau pada petang Sabtu.

    Lawatan tapak projek berkenaan turut disertai oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Kota Samarahan.

    Tapak projek yang yang pertama dilawat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu adalah projek menaik taraf Masjid Al-Muflihin yang mana menelan kos perbelanjaan sebanyak RM300,000.

    Difahamkan, projek tersebut telah bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan September tahun ini.

    Dato Sri Julaihi ketika melawat salah satu projek RTP di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau

    Sementara itu, lawatan kedua adalah projek membina dan mendalamkan Sungai Pilang serta membina ban dan pintu ‘airgate’ yang bernilai RM318,110.85 yang telah siap pada Mei 2024.

    Turut hadir sama wakil Pegawai Daerah Sebuyau; Tahir Putih, Jurutera JKR Bahagian Kota Samarahan; Ts Allan Chan dan wakil Jurutera DID Bahagian Kota Samarahan; Jemain Ali.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kedudukan Sarawak melalui syarikat PETROS sebagai rakan kongsi PETRONAS adalah jelas

    0
    KUCHING, 02 JULAI 2024: Kedudukan Sarawak melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah jelas sebagai rakan kongsi kepada syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia, Petroliam...