More
    Home Malaysia Dato Idris Buang serah sumbangan kepada 25 JKP Masjid di DUN Muara...

    Dato Idris Buang serah sumbangan kepada 25 JKP Masjid di DUN Muara Tuang

    KOTA SAMARAHAN, 29 MAC 2025: Sebanyak 25 buah Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang telah menerima peruntukan ‘Outright Grant’ berjumlah RM62,500.

    Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang dalam satu majlis penyampaian khas yang diadakan di Pusat Khidmat Marqas Operasi DUN Muara Tuang, pada Jumaat.

    Berucap dalam majlis berkenaan, beliau menekankan bahawa peruntukan ini bertujuan untuk membantu masjid-masjid di kawasan tersebut melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan serta meningkatkan kemudahan yang ada.

    Beliau turut menyatakan bahawa masjid bukan hanya tempat beribadah, tetapi juga berperanan sebagai pusat pembangunan ummah.

    Sekitar majlis penyerahan cek sumbangan kepada wakil JKP masjid di Pusat Khidmat DUN Muara Tuang-foto UKAS

    “Masjid bukan sekadar tempat beribadah, tetapi juga pusat pembangunan ummah dan dengan adanya sumbangan ini, saya berharap setiap JKP dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi manfaat jemaah dan masyarakat setempat,” ujarnya.

    Setiap JKP menerima peruntukan sebanyak RM2,500 yang akan digunakan untuk pelbagai keperluan, termasuk penyelenggaraan masjid, program dakwah, serta aktiviti kebajikan.

    Salah seorang wakil penerima, Subahi Amit dari Masjid Darul Hana Kampung Endap, melahirkan rasa penghargaan kepada kerajaan negeri dan ADUN Muara Tuang atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan masjid serta masyarakat Islam di kawasan ini.

    Hadir sama, wakil Pegawai Daerah Samarahan; Randy Claudia Nyala dan Ketua Marqas Operasi DUN Muara Tuang; Aziz Mohamad-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...

    0
    KUCHING, 31 MAC 2025: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara pada hari...