More
    Home Sarawak Kuching Dato Henry Harry Jinep yakin pengundi-18 bijak memilih jika diberi peluang untuk...

    Dato Henry Harry Jinep yakin pengundi-18 bijak memilih jika diberi peluang untuk mengundi tidak seperti yang digambarkan oleh pembangkang

    KUCHING, 09 NOVEMBER 2021 (SNN) : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memperisukan pengundi 18 tahun dan tidak takut jika mereka dibenarkan untuk mengundi kerana negeri Sarawak di bawah pemerintahan GPS adalah negeri pertama yang meluluskan mereka yang berumur 18 tahun untuk mengundi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

    Penyandang kerusi DUN Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata, isu berhubung GPS takut kepada pengundi-18 itu adalah tidak benar sama sekali malahan individu yang menyatakan bahawa GPS takut pengundi-18 itu beranggapan bahawa mereka ini akan mengundi atau memihak sepenuhnya kepada blok pembangkang.

    “Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu itu jelas menunjukkan mereka sama sekali tidak menghormati pendirian dan hak pengundi-18 dengan beranggapan mereka (pengundi 18 tahun) ini nanti mereka yang anti kepada kerajaan. Ini bermakna tafsiran pembangkang ini jelas tidak menghormati hak pengundi untuk memilih wakil rakyat atau parti yang berpotensi untuk membawa pembangunan kepada Sarawak.

    “Saya yakin pengundi-18 ini mungkin lebih memihak kepada kerajaan GPS kerana sudah terbukti sejak dulu lagi kerajaan sentiasa menjaga rakyat dari segi kebajikan dan keselamatan rakyat. Selain itu, pembangunan yang dilaksanakan oleh GPS juga kebanyakannya menggunakan dana kerajaan negeri sendiri dan tidak perlu menunggu peruntukan daripada kerajaan pusat baru dapat melaksanakan projek-projek rakyat,” katanya ketika ditemui media dan diminta mengulas mengenai isu pengundi-18 baru-baru ini.

    Bekas ADUN Tasik Biru ketika ditemui media bagi mengulas isu berkenaan pengundi 18 tahun di pejabatnya baru-baru ini.

    Tambah beliau, pengundi-18 ini adalah mereka yang celik teknologi serta sentiasa melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan melalui media sosial dan kita yakin mereka ini bijak menilai sendiri pihak mana yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan di negeri ini. Oleh itu, pihaknya sangat menghormati dengan pendirian pengundi-18 dan jika diberi peluang mengundi kita percaya mereka tidak akan terjebak dengan pihak pembangkang lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan luar bandar yang masih mahukan pembangunan.

    “Kenyataan pihak pembangkang itu bagi saya adalah dari kalangan mereka yang tidak pernah membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri Sarawak. Mereka hanya pandai mempolitikkan keadaan untuk menghasut rakyat supaya meyokong mereka namun tidak pernah terbukti mampu membawa pembangunan kepada rakyat. Saya percaya sekiranya mereka diberi peluang untuk mengundi pasti akan memilih kerajaan kerana sejak dari dulu lagi kerajaan telah banyak memajukan negeri Sarawak ini tidak seperti pembangkang yang dulu ketika menjadi kerajaan tidak sampai 2 tahun banyak projek-projek rakyat di Sarawak telah dibatalkan,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...