More
    Home Sarawak Kuching Dato Awang Bemee dilantik sebagai Senator Dewan Negara yang baharu

    Dato Awang Bemee dilantik sebagai Senator Dewan Negara yang baharu

    KUCHING, 17 JULAI 2024 (SNN): Dato Awang Bemee Awang Ali Basah telah mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara yang baharu di hadapan Timbalan Yang di-Petua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, semalam.

    Beliau yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka sejak tahun 1966 hingga 2011 itu akan melaksanakan tanggungjawab sebagai senator berkuat kuasa 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2027.

    “Saya mengambil peluang untuk mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah menamakan saya sebagai senator dan telah diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

    “Ssaya ucapkan sekali terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan dan keyakinan untuk saya dilantik sebagai Ahli Dewan Negara…kita berterima kasih dan menghargai anak Sarawak dapat penghormatan dan pengiktirafan untuk berkhidmat kepada negara,” katanya pada sidang media selepas selesai majlis angkat sumpah di bangunan Parlimen, pada Selasa.

    Datuk Awang Bemee merakam gambar bersama barisan menteri dan timbalan menteri kabinet Persekutuan dari Sarawak usai majlis-foto UKAS

    Sedikit maklumat mengenai beliau, Datuk Awang Bemee dilahirkan pada 22 Jun 1959, dan  pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya yang sangat berpengalaman mengendali kes-kes sivil dan jenayah di semua mahkamah hingga Mahkamah Persekutuan sejak mula diterima sebagai peguam bela dan peguam cara oleh Mahkamah Tinggi Borneo pada tahun 1984.

    Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan juga sebagai Penasihat Undang-Undang PBB serta Pegawai Awam Bagungan Parti Sarawak (GPS).

    Sehingga kini, beliau masih memegang jawatan sebagai sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching dan Pengarah Sarawak Plantation Berhad.

    Turut hadir sama menyaksikan upacara angkat sumpah itu ialah beberapa Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Persekutuan dari Sarawak termasuk Ahli-Ahli Dewan Negara dari negeri ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...