More
    Home Malaysia Dasar dan Visi Sarawak ke arah penggunaan tenaga hijau tarik pelabur asing...

    Dasar dan Visi Sarawak ke arah penggunaan tenaga hijau tarik pelabur asing melabur ke Sarawak

    SEOUL, 07 SEPTEMBER 2022 (SNN): Konsortium industri Korea menunjukkan minat untuk bekerjasama dan melabur di negeri Sarawak bagi menghasilkan hidrogen dan ammonia.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia bertepatan dengan visi Sarawak yang memberi tumpuan dan beralih kepada kepada tenaga hijau.

    “Sehubungan itu, Sarawak bakal memeterai kerjasama dengan tiga industri utama Korea sebagai sebahagian daripada program negeri untuk membangunkan ekonomi hidrogen dalam negeri.

    “Malah, ia menjadi permulaan kukuh untuk menarik pelaburan asing dalam proses penyahkarbonan,” katanya dalam ucapan balas beliau untuk mengucapkan terima kasih kepada pengurusan pembuat keluli terbesar Korea, POSCO di ibu pejabat konglomerat itu, di sini.

    Tambah beliau, Sarawak amat bertuah kerana dikurniakan sumber boleh diperbaharui seperti kuasa hidro merupakan sumber tenaga sifar karbon yang penting untuk menghasilkan hidrogen hijau.

    Premier Sarawak dan rombongan berlepas ke ibu negara Korea pada Ahad bagi tujuan lawatan meningkatkan perkongsian dengan industri Korea dalam bidang penjanaan tenaga hijau dan inovasi.

    POSCO merancang menggunakan hidrogen untuk menjana kuasa bagi pembuatan keluli dan kebanyakan bekalan itu perlu diimport dari negara lain, termasuk Malaysia dan Sarawak khususnya.

    Sebelum ini, tiga syarikat Korea iaitu Samsung, Lotte, POSCO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membina loji hidrogen di Sarawak di bawah Projek H2biscus.

    Samsung Engineering Co., Lotte Chemical Corp., dan POSCO menandatangani MoU dengan SEDC Januari lalu untuk membangunkan hidrogen dan ammonia mesra alam di sebuah loji yang akan dibina di Bintulu.

    Projek Hidrogen/Amonia Hijau H2biscus Sarawak akan mempunyai kapasiti tahunan untuk menghasilkan 630,000 mt ammonia hijau, 600,000 mt ammonia biru, 460,000 mt metanol hijau dan 7,000 mt hidrogen hijau.

    Esok, rombongan Premier Sarawak akan menyaksikan pemeteraian MOU antara Sarawak Energy Bhd (SEB), SEDC dan konsortium Samsung-POSCO-Lotte.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri; Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi SEDC; Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB; Datu Sharbini Suhaili.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...