SEBUYAU, 19 OGOS 2023 (SNN): Pelbagai rancangan pembangunan baharu di Daerah Sebuyau dirangka dalam usaha menjadikan Daerah Sebuyau sebagai Hab Komersial Pesisir.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kemudahan Chalet Sebuyau bakal dijadikan tempat rehat atau transit kepada penduduk setempat atau pengguna laluan pesisir pantai di Sarawak.
“Selain itu, kita akan membina lot kedai serta pasar basah dan lot kedai industri kotej di Sebuyau dan ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memberikan perkhidmatan penting kepada pembangunan Sebuyau sebagai Hab Komersial Pesisir,” katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pembangunan Daerah Sebuyau di Chalet Sebuyau pada Jumaat.
Premier Sarawak menambah, dalam usaha merealisasikan perancangan, kerajaan akan melengkapkan daerah pesisir itu dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan perkhidmatan kerajaan seperti kuaters kerajaan dengan pendekatan baharu iaitu jenis kondo kuarters.
Kata Premier Sarawak, di samping kemudahan yang disediakan penduduk setempat dapat menikmat sumber pendapatan yang baharu sekaligus meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut.
Untuk rekod, selain daripada 235 lot rumah dan 214 lot kedai yang bakal dibina di Bandar Baharu Sebuyau turut dalam pembinaan,Projek Pembinaan Sebuyau Fasa Dua, Projek Pembangunan Perumahan dan Komersial di Bandar Baharu Sebuyau, Projek Pembinaan Kompleks Pejabat Daerah dan Kuaters Kerajaan, Projek Pembinaan Sebuyau Agro Research Lab bagi Projek Penanaman Semula Buah Kelapa Berkualiti serta Cadangan Projek Tebatan Banjir, Tali Pantai dan Sistem Saliran di Sebangan Bajong, Skim Saliran Sebuyau Bahagian Samarahan yang kini sedang dibina dan telah mengikut jadual.
Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.-UKAS