More
    Home Sarawak Bintulu Cubaan seludup minyak masak berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin

    Cubaan seludup minyak masak berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin

    BINTULU, 11 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Cubaan sebuah lori menyeludup minyak masak gagal selepas berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Bintulu bersama lima Anggota Sekatan Jalan Raya 5 (SJR5) di Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau.

    Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata, semasa pemerikaan dilakukan pemilik lori yang sarat dengan minyak masak terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran pemindahan barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

    Lori yang digunakan untuk menyeludup minyak masak turut dirampas

    Tambahnya, nilai tangkapan dan rampasan minyak masak terbabit dianggarkan bernilai RM337,500 dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Bintulu yang bertempat di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

    Jelas beliau, pemandu berusia 30 tahun warga tempatan itu telah ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...