More
    Home Malaysia Calon SPM yang gagal dalam subjek teras masih mempunyai peluang untuk mendapatkan...

    Calon SPM yang gagal dalam subjek teras masih mempunyai peluang untuk mendapatkan sijil

    KUALA LUMPUR, 03 OGOS 2022 (SNN): Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah masih mempunyai peluang lain untuk mendapat sijil tersebut.

    Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, mereka boleh menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

    “SPMU menawarkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik,’’ jelasnya dalam jawapan bertulis sebagai menjawab Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim dalam Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

    Selain itu, mereka juga boleh menduduki peperiksaaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya. Keputusan tersebut boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan melalui perkhidmatan ‘patching’ di mana mulai tahun 2009, calon yang memperoleh sijil SPM buat kali pertama layak untuk memohon perkhidmatan itu.

    Menteri Kanan Pendidikan itu menegaskan, usaha ini adalah sebagai langkah untuk memastikan setiap calon yang gagal masih berpeluang mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka demi memudahkan pelanjutan pengajian atau memohon pekerjaan pada masa depan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...