More
    Home Malaysia Calon muda daripada Sayap Belia PBB boleh bertanding dalam PRN jika tepati...

    Calon muda daripada Sayap Belia PBB boleh bertanding dalam PRN jika tepati syarat

    SIBU, 07 OKTOBER 2024: Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon muda daripada Sayap Belia yang baharu ditubuhkan parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

    Beliau yang juga Premier Sarawak itu menambah syaratnya calon itu hendaklah mempunyai kebolehan dan diterima oleh semua pihak terutama sekali pengundi di kawasan mereka bakal bertanding nanti.

    “Kalau ini dapat dipenuhi tidak kira latar belakang ataupun tempat, jika masyarakat dapat terima mereka kenapa tidak kita letakkan mereka (sebagai calon),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia PBB pada Ahad.

    YAB Premier ketika merasmikan Pelancaran Sayap Belia PBB disaksikan Naib Presiden Parti

    Beliau berkata pada setiap pilihan raya 30 peratus calon yang diketengahkan PBB mestilah muka baru dan muka lama yang berpengalaman hendaklah bekerjasama dengan muka baru ini.

    Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata golongan belia PBB perlu dilatih secukupnya agar dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat di Sarawak yang diketahui mempunyai latar belakang majmuk.

    Beliau juga meminta golongan muda ini tidak terlalu ghairah untuk bergerak cepat dalam bidang politik selain mengelak daripada menjadi terlalu ekstrem hingga sanggup menggunakan agama bagi mendapatkan sokongan.

    “Itu sesuatu yang bahaya. Apa yang penting adalah untuk menjaga keamanan negeri Sarawak,” katanya sambil menambah pemimpin baru perlu bijak menjaga apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan menimba sebanyak mungkin pengetahuan dalam bidang teknologi untuk membantu rakyat.

    Beliau menyifatkan penubuhan Sayap Belia PBB detik bersejarah kepada politik Sarawak kerana memberi ruang untuk belia berusia 18 hingga 28 tahun menjadi ahli PBB dan dapat menyumbang ke arah bukan sahaja pembangunan PBB malah GPS.

    Premier Sarawak itu menambah lagi, penyertaan belia dalam sayap tersebut akan menjadi satu bentuk ‘latihan amali’ dalam sebuah badan korporat untuk mereka menimba ilmu dan menyumbang kepada Sarawak seterusnya Malaysia.

    Beliau berkata PBB menekankan latihan yang strategik khususnya dalam teknologi tinggi seperti dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), aeroangkasa, ekonomi hijau berteraskan tenaga hijau boleh diperbaharui, pertanian moden dan semi konduktor-BERNAMA

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...