More
    Home Malaysia British Petroleum Tunjuk Minat Jalin Kerjasama Bersama PETROS Dalam CCUS

    British Petroleum Tunjuk Minat Jalin Kerjasama Bersama PETROS Dalam CCUS

    LONDON, 10 DISEMBER 2023: Syarikat British Petroleum (BP) menunjukkan minat bagi menjalinkan kerjsama dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam pembangunan penggunaan dan penyimpanan tangkapan karbon (CCUS) di Sarawak.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, usaha ke arah kerjasama itu merupakan langkah tepat untuk membangunkan masa depan tenaga bersih yang mampan bagi manfaat generasi akan datang.

    Menurut beliau, struktur geologi yang sesuai untuk menyimpan karbon dioksida (CO2) juga telah menarik minat pihak BP bagi membentuk jaringan bersama PETROS.

    “Jadi kita (kerajaan Sarawak) berharap kerjasama yang dijalin kelak di antara BP dan PETROS dapat menjalankan kajian mengenai lokasi-lokasi penyimpanan karbon yang berpotensi di Sarawak,” katanya semasa melakukan pertemuan dengan pihak BP di The Park Tower Knightbridge Hotel pada petang Jumaat.

    Menarik perhatian, sebelum ini PETROS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan POSCO Group dari Korea bagi menjalinkan kerjasama dalam pembangunan CCUS di Sarawak.

    POSCO Group merupakan syarikat konglomerat keenam di Korea dan cabang pembuatan kelulinya iaitu POSCO pula adalah pemancar nombor satu CO2 di Korea.

    Pada majlis sebelumnya, Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETROS, Abang Arabi Abang Narudin telah melakukan pembentangan mengenai hala tuju PETROS dalam pembangunan CCUS.

    British Petroleum merupakan sebuah syarikat bersepadu yang beroperasi di semua bidang industri minyak dan gas termasuk penerokaan dan pengeluaran, penapisan, pengedaran dan pemasaran, petrokimia, penjanaan kuasa dan perdagangan.

    Syarikat berkenaan juga mempunyai kepentingan tenaga boleh diperbaharui dalam bahan bakar bio dan kuasa angin.

    Manakala dalam pertemuan berasingan, Premier Sarawak turut mengetuai delegasi kerajaan Sarawak melakukan perbicangan bersama Hambro Perks yang merupakan syarikat yang memberi tumpuan kepada perniagaan didayakan teknologi dengan operasi perniagaan utama terletak di United Kingdom.

    Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK); Datuk Zakri Jaafar, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Industri dan Pelaburan Sarawak; Datuk Malcolm Mussen Lamoh serta tetamu jemputan lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...