More
    Home Sarawak Kuching Bot karam: Lapan pemancing ditemui selamat manakala dua lagi masih hilang

    Bot karam: Lapan pemancing ditemui selamat manakala dua lagi masih hilang

    KUCHING, 03 OKTOBER 2021 (SNN) : Lapan mangsa kejadian bot pemancing karam ditemui selamat manakala dua lagi masih dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki untuk memancing terbalik dan karam dipukul ombak ketika memancing di Pulau Satang, Kuching.

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, lapan orang pemancing telah selamat dijumpai dan sedang berehat di rumah masing-masing. Hal ini disahkan susulan pihak MRSC Kuching telah menerima maklumat bahawa 5 orang mangsa telah dijumpai selamat dan berada di Pulau Satang.

    Bagaimanapun, dua orang lagi mangsa iaitu tekong dikenali sebagai Baki dan pembantu tekong bot Awang Omar bin Awang Hamsawi masih belum dijumpai setakat hari ini.

    Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Awam Telaga Air sejak semalam

    Terdahulu, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 12.22 tengahari, Sabtu setelah menerima laporan sebuah bot dengan pemancing dilaporkan karam di perairan Pulau Satang pada jarak lebih kurang 2 batu nautika.

    Maritim Malaysia turut menggesa komuniti maritim agar batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk dan sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik terutamanya musim Monsun Timur Laut bermula dari bulan Oktober 2021 hingga Mac 2022.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...