More
    Home Sarawak Kuching BIWWEC platform merealisasikan sistem air berteknologi tinggi ke arah mencapai ekonomi mampan...

    BIWWEC platform merealisasikan sistem air berteknologi tinggi ke arah mencapai ekonomi mampan menjelang 2030- Julaihi

    KUCHING, 18 OKTOBER 2022 (SNN): Persidangan dan Pameran Air dan Sisa Kumbahan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2022 akan merealisasikan visi kerajaan Sarawak untuk membawa perubahan kepada sistem perairannya.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, selain membantu mewujudkan sistem air yang boleh dipercayai, ekonomi dan mampan di seluruh Sarawak, kerajaan negeri juga berharap BIWWEC dapat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat menjelang tahun 2030.

    “persidangan bertemakan ‘Kelestarian & Ketahanan Melalui Teknologi Pintar dan Inovasi’ dan slogan daripada ‘Splashing Solutions’ 2022 itu akan berfungsi sebagai platform untuk penyelesaian aktif dan usaha sinergi menggunakan teknologi pintar dan inovasi di Borneo.

    “Besar harapan saya agar BIWWEC 2022 akan membantu negeri ini dan membantu mewujudkan sistem air yang boleh dipercayai, ekonomi dan mampan di seluruh Sarawak, dan untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat kita,” kata beliau ketika berucap merasmikan BIWWEC 2022 di Imperial Hotel Kuching pada Isnin.

    Jamuan Makan Malam bersempena BIWWEC 2022 di Imperial Hotel pada Isnin.

    Tambahnya, persidangan itu dianjurkan kerana menyedari Sarawak menghadapi banyak cabaran berhubung pengurusan air termasuk dalam bidang kebolehcapaian dan ketersambungan, bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara digital.

    “Diadakan dari 17 hingga 19 Oktober, persidangan kali ini dihadiri oleh pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara selain pakar mengenai air dan teknologi air selain pameran produk dan perkhidmatan serta pelbagai teknologi baru yang mungkin bermanfaat untuk industri air di Sarawak.

    “BIWWEC telah diadakan dua tahun sekali sejak 2011, anjuran Persatuan Air Malaysia (MA) Cawangan Sarawak sebagai satu-satunya persidangan air dan sisa kumbahan di Borneo,” ujar beliau lagi.

    Persidangan berskala besar ini telah ditaja oleh beberapa buah syarikat terkemuka antaranya Ibraco Berhad, Pansar Berhad, WEIDA Resources, Empayar Setia, Group Engineers Malaysia, AFC Valves, Exxor Technologies, Weidasar, Cipta Wawasan Maju, Krah Grande, SNA Consult, Mirecont, Taliworks Corporation, Water Engineering Technology, D.A.L. Keluarga Realty dan Ken Seng Line Stopping.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi Penganjur Air Antarabangsa Borneo dan Air Sisa BIWWEC 2022; Ir. Chang Kuet Shian, Presiden Persatuan Air Malaysia; Ir. Ts. Mohmad Asari Daud, FASc Immediate Past President, The Malaysian Water Association; Ir. Abdul Kadir Mohd Din, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi; Syed Mohamad Fauzi Shahab dan Pengarah Urusan Kumpulan; Ibraco Berhad Datuk Chew Chiaw Han.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...