More
    Home Malaysia Beri sokongan kepada GPS agar dapat terus membawa agenda pembangunan kepada rakyat-Datuk...

    Beri sokongan kepada GPS agar dapat terus membawa agenda pembangunan kepada rakyat-Datuk Julaihi Narawi

    SEBUYAU,07 DISEMBER 2021 (SNN) : Semalam merupakan hari penamaan calon bagi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak menandakan bermulanya tempoh berkempen sebelum tiba hari membuang undi dan peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkempen bagi meyakinkan pengundi di kawasan masing-masing.

    Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, pada PRN-12 kali ini rakyat harus memberi mandat sekali lagi kepada GPS untuk meneruskan pelaksanaan dasar dan agenda pembangunan di Sarawak kerana GPS mempunyai hala tuju yang jelas dan tersusun dalam membawa Sarawak serta rakyat kearah lebih cemerlang.

    Sesuai dengan matlamat Sarawak maju menjelang tahun 2030 beliau berharap rakyat Sarawak khususnya pengundi di kawasan DUN N.27 Sebuyau dapat menilai dasar dan agenda yang dibawa oleh GPS melalui rekod kerja yang telah ditunjukkan selama ini lebih-lebih lagi banyak projek berimpak tinggi sedang giat dilaksanakan.

    Penyandang kerusi DUN Sebuyau, Datuk Julaihi ditemui media selepas selesai sesi penamaan calon yang bertanding

    “Sebagai contohnya, di kawasan Sebuyau ini terdapat beberapa projek berimpak besar kepada perubahan sosioekonomi rakyat yang sedang rancak dilaksanakan seperti projek pembinaan Jambatan Batang Lupar, Projek Tebatan Banjir@Benteng Laut sepanjang 25 Kilometer (kini mencapai 50% siap), projek Bekalan Air Luar Bandar, Projek Perumahan atau Skim Pembesaran Kampung dan pembinaan Jalan Raya Sebuyau-Lingga.

    “Ini jelas membuktikan kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran GPS komited membawa pembangunan khususnya di kawasan luar bandar walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan namun itu tidak menjadikan kita terus berdiam meninggalkan kawasan luar bandar dari arus pembangunan,” kata beliau ketika ditemui media di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, semalam.

    Jelasnya, beliau berharap pilihan raya kali ini GPS memperolehi kemenangan besar dari rakyat sebagai tanda sokongan padu terhadap GPS untuk terus membawa pembangunan kepada rakyat di samping sebagai bukti hanya GPS yang mampu membantu rakyat kerana mempunyai hala tuju parti yang tersusun dan jelas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...