More
    Home Sarawak Kuching Berhasrat jadikan Sarawak model negeri sekular sekiranya menang dalam pilihanraya, PSB dilihat...

    Berhasrat jadikan Sarawak model negeri sekular sekiranya menang dalam pilihanraya, PSB dilihat punyai agenda tersembunyi dalam berpolitik.

    KUCHING, 08 DISEMBER 2021 (SNN) : Semalam presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh melancarkan manifesto yang mengandungi beberapa inisiatif kepada rakyat sekiranya parti berkenaan diberi mandat memerintah negeri Sarawak dan memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 pada 18 Disember 2021 ini. Namun, intipati yang terdapat dalam manifesto atau inisiatif tersebut dilihat terlalu radikal malah menimbulkan beberapa persoalan tentang matlamat sebenar intipati manifesto berkenaan diberi fokus oleh parti itu.

    Memetik daripada laporan FreeMalaysiakini, presiden parti itu berkata, inisiatif berkenaan yang bertajuk ‘sudah tiba masanya untuk tukar’ menunjukkan PSB mengutamakan beberapa perkara penting seperti memperkenalkan endowmen kanak-kanak bagi menggalakkan rakyat Sarawak untuk menetap dan membesarkan keluarga di negeri ini.

    Menurutnya, menerusi inisiatif itu setiap keluarga berhak menerima subsidi bulanan menerusi bantuan penjagaan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun, PSB menawarkan bantuan subsidi sebanyak RM200 setiap bulan, manakala bagi kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun pula sebanyak RM300 sebulan. Bagi kanak-kanak berumur atas lima tahun hingga 18 tahun pula pihaknya menawarkan bantuan sebanyak RM500 sebulan.

    Selain itu, PSB juga memberi perhatian kepada autonomi dalam pendidikan. Pendidikan di Sarawak akan diuruskan secara autonomi untuk memenuhi “keperluan dan aspirasi” rakyat Sarawak. Sesetengah sekolah bukan kerajaan akan menerima pembiayaan kerajaan selain pilihan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran akan diberi jaminan.

    Antara lain, isu yang dianggap perlu dipandang serius dalam manifesto itu adalah tanah pegangan bebas yang mana PSB mahu menukar semua hakmilik tanah kediaman daripada pajakan kepada pegangan bebas. Semua Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) akan dikeluarkan hakmilik tanah selama-lamanya. Ini berbeza dengan dasar kerajaan Sarawak pada masa ini yang tidak memberikan jaminan pemilikan tanah. Lazimnya, hakmilik tanah kediaman baru adalah dengan pajakan selama 60 tahun atau 90 tahun.

    Tambah Soon Koh lagi, sekiranya PSB mendapat mandat dalam pilihan raya kali ini, parti itu berhasrat menjadikan Sarawak sebagai model negeri sekular. PSB mahu menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian Agama bagi memastikan kebebasan beragama diamalkan di Sarawak. Ia juga berjanji untuk memastikan pembiayaan awam bagi semua agama yang diiktiraf di negeri ini. Malah tindakan yang akan diambil parti itu juga dilihat akan memisahkan undang-undang syariah daripada sistem perundangan sivil.

    Kesimpulannya, diantara beberapa inisiatif yang telah dilancarkan oleh PSB itu dilihat sangat radikal terutama dalam menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri sekular dianggap bercanggah dengan Perlembagaan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden parti itu seolah-olah mendakwa kerajaan Sarawak sebelum ini khususnya kerajaan Malaysia tidak membenarkan kebebasan beragama sepertimana yang kita maklum dalam Perlembagaan Malaysia sudah termaktub Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas dianuti.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak fokus hasilkan benih padi sendiri pastikan bekalan makanan di...

    0
    GEDONG, 30 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada penghasilan benih padi sendiri untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri ini adalah mencukupi. Premier Sarawak,...