More
    Home Malaysia Beberapa jalan yang rosak akibat banjir akan diperbaiki-Premier

    Beberapa jalan yang rosak akibat banjir akan diperbaiki-Premier

    SIBU, 03 FEBRUARI 2025: Kerajaan Sarawak akan melakukan penambahbaikan terhadap beberapa jalan yang terjejas akibat banjir, serta menilai semula kesemua projek jalan raya yang telah dibina di sini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, langkah ini bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan yang memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

    “Kita akan memperbaiki sedikit jalan-jalan di Sibu termasuklah kawasan jalan baru menghubungkan Sibu Jaya dan Lanang, yang menyebabkan kesesakan di Jalan Salim.

    “Jadi kita merancang penambahbaikan bagi memastikan aliran trafik lebih lancar dan selamat,”katanya ketika ditemubual media selepas selesai mengunjungi enam buah rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina, pada Ahad.

    YAB Premier dan ister menyaksikan Tarian Singa ketika berkunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cin di Sibu-foto UKAS

    Walaubagaimanapun, Premier Sarawak meluahkan rasa syukur apabila Sibu tidak mengalami kerosakan teruk akibat banjir walaupun dilanda hujan berterusan, berbanding Miri dan Bintulu yang terjejas.

    Beliau turut menyatakan rasa bangga melihat semangat masyarakat Sibu yang masih dapat meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh kegembiraan, meskipun cuaca tidak menentu.

    “Sibu kali ini lebih bernasib baik berbanding Miri dan Bintulu yang mengalami kerosakan besar akibat banjir. Walaupun terdapat banjir di sini, namun kesannya tidak seburuk dua kawasan tersebut,”ujarnya lagi.

    Terdahulu, beliau telah berkunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak; Datuk Michael Tiang Ming Tee dan seterusnya ke rumah-rumah ahli politik dan korporat lain di sekitar Sibu.

    Menyentuh mengenai peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta kepada Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk membantu mangsa banjir, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu, bantuan tersebut disalurkan berdasarkan budi bicara dan penilaian pihak pentadbiran dan situasi di lapangan.

    “Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang benar-benar terjejas, yang mana harta benda mereka musnah atau tidak dapat digunakan lagi dimana penilaian nantinya akan dilakukan oleh Residen di kawasan masing-masing dan akan diputuskan oleh Timbalan Premier Sarawak selaku Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah,” tambah beliau.

    Namun, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menekankan bahawa jika peruntukan yang diumumkan tidak mencukupi, kerajaan Sarawak akan menilai keperluan lanjut dalam mesyuarat kabinet dan memutuskan langkah tambahan.

    Turut hadir sama ialah isteri Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel serta Residen Bahagian Sibu; Abang Mohamad Porkan Abang Budiman-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RM1.085 bilion diperuntukan percepat Projek Naik Taraf Paip Lama di Sarawak

    0
    KUCHING, 06 FEBRUARI 2025 (SNN):Kerajaan Sarawak telh bersetuju meluluskan sejumlah dana besar sebanyak RM1.085 bilion dalam usaha menambah baik sistem bekalan air dengan melaksanakan...