More
    Home Malaysia BDA peroleh 10 peratus pegangan dalam Ferroalloys Sdn Bhd melalui MoU Pemindahan...

    BDA peroleh 10 peratus pegangan dalam Ferroalloys Sdn Bhd melalui MoU Pemindahan Saham

    TOKYO, 18 DISEMBER 2024: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memperoleh 10 peratus pegangan dalam Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Pemindahan Saham dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, pada Selasa.

    Perjanjian pemindahan saham itu merupakan satu langkah penting yang menandakan kemajuan bagi pertumbuhan ekonomi, pembangunan komuniti dan inisiatif mampan di Sarawak.

    Upacara rasmi penandatanganan MoU itu melibatkan Pengerusi dan Pengarah Urusan Pertama Ferroalloys, Hirotaka Suzuki dan Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari yang disaksikan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

    Sekitar sesi menandatangani MoU antara BDA dan Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd-Foto UKAS

    Perkongsian ini membina kejayaan terdahulu yang dicapai oleh Pertama Ferroalloys dan BDA, termasuk Projek Penanaman Buluh yang berjaya dilancarkan pada November 2023 yang mempamerkan dedikasi mereka terhadap amalan mampan dan pemeliharaan alam sekitar.

    Dalam ucapannya semasa majlis itu, Hirotaka berkata, perkongsian ini melangkaui pelaburan kewangan kerana ia juga akan memberi sumbangan positif kepada kesejahteraan sosial dan alam sekitar di Sarawak.

    Beliau menjangkakan sokongan daripada kedua-dua pihak untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di Bintulu tetapi juga di seluruh Sarawak dan Malaysia.

    “Inisiatif ini akan meningkatkan kesejahteraan komuniti tempatan, dan juga berfungsi sebagai contoh bagi organisasi dan pemimpin dalam menggerakkan inisiatif mampan di Sarawak, sejajar dengan visi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

    Loji Peleburan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd adalah loji mangan aloi dan ferosilikon berskala besar yang pertama di Malaysia di mana syarikat ini berperanan menghasilkan dan mengedar produk aloi mangan kepada industri keluli global sambil memberi keutamaan kepada kelestarian bersama keuntungan.

    Antara tetamu kenamaan yang turut hadir menyaksikan majlis itu termasuk Duta Besar Malaysia ke Jepun; Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak; Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Peguam Besar Sarawak; Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak; Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan pegawai kanan Kerajaan Sarawak-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    BDA peroleh 10 peratus pegangan dalam Ferroalloys Sdn Bhd melalui MoU...

    0
    TOKYO, 18 DISEMBER 2024: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memperoleh 10 peratus pegangan dalam Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Pemindahan Saham dalam...