More
    Home Kampus Bantuan BKAS disalurkan dalam bentuk kredit melalui Spay Global-Abang Jo

    Bantuan BKAS disalurkan dalam bentuk kredit melalui Spay Global-Abang Jo

    KUCHING, 12 DISEMBER 2024: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Spay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay) untuk membantu golongan sasar meringankan beban.

    Memetik laporan TVS, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan, ia memberi manfaat yang lebih berkesan, mempercepatkan penyampaian bantuan dan memastikan golongan yang memerlukan dapat memenuhi keperluan asas dengan lebih mudah dan efisien.

    “Skim ini tidak akan memberikan bantuan secara tunai sebaliknya pengkreditan melalui akaun Sarawak Pay mereka. Kerajaan akan memasukkan kredit yang akan digunakan untuk membeli makanan yang diperlukan.

    “Setiap bulan, kerajaan akan menambah kredit dalam akaun mereka yang akan dipotong apabila mereka membeli barangan keperluan asas.

    “Ini bermaksud di antara RM100 hingga RM200 itu akan ditanggung oleh kerajaan, jadi mereka dapat membeli barangan keperluan seperti minyak masak, sayur, gula dan sebagainya,” katanya dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS.

    Abang Johari menambah, bagi tujuan berkenaan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM450 juta pada tahun hadapan yang memberi manfaat tidak kurang daripada 850,000 penerima.

    Pada pembentangan Belanjawan Sarawak November yang lalu, Abang Johari mengumumkan SKAS pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak-TVS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan BKAS disalurkan dalam bentuk kredit melalui Spay Global-Abang Jo

    0
    KUCHING, 12 DISEMBER 2024: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Spay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay)...