More
    Home Malaysia Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga baikpulih...

    Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga baikpulih paip yang pecah selesai-Julaihi

    KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2024 (SNN): Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan menggerakkan lapan buah lori tangki air bagi menyalurkan bantuan bekalan air kepada penduduk yang terjejas di sepanjang kawasan Lebuh Raya Kuching-Samarahan akibat insiden paip utama pecah baru-baru ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato’ Seri Julaihi Narawi berkata, setiap kali berlakunya insiden sedemikian, adalah menjadi sebahagian daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) pihaknya untuk menghantar bekalan air segera kepada penduduk kawasan yang terjejas.

    “Sekiranya jumlah lori tangki air itu tidak mencukupi bagi menampung kawasan perumahan yang besar contohnya di Samarahan ini, saya meminta supaya LAK bekerjsama dengan JBALB atau agensi berkaitan untuk menambah bilangan lori tangki bergerak tersebut.

    “Langkah ini sangat penting supaya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan yang terjejas mendapat bekalan air dengan kadar segera dan mencukupi sehingga paip itu siap dibaiki,” katanya dalam sidang media sempena Lawatan Kerja Rasminya ke Stakan di Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak pada Sabtu.

    Tambahnya, daripada lapan buah lori yang digerakkan itu, enamnya adalah milik LAK manakala dua lagi milik JBALB, yang akan digerakkan 24 jam sehingga bekalan air pulih seperti biasa.

    Berhubung insiden kebocoran paip utama 600mm yang menjejaskan bekalan air pada 25 Oktober lalu, Juliahi menjelaskan ianya berlaku disebabkan kerosakan paip saliran agihan yang tidak disengajakan oleh kontraktor di bawah Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) yang mengendalikan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

    “Susulan itu, tegasnya, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan kerja-kerja baik pulih di lapangan kerana paip yang bocor ini adalah nadi kepada bekalan air di kawasan DUN Stakan.

    “Saya juga memohon agar kontraktor berkaitan, lebih berhati-hati apabila melakukan kerja di laluan yang diperuntukkan untuk Aliran Transit Automasi (ART) bagi mengelak berlaku kerosakan pada masa akan datang kerana dampaknya amat besar,” tegasnya.

    Kenyataan media Sarawak Metro pada Sabtu berhubung insiden berkenaan.

    Terdahulu, Sarawak Metro menerusi kenyataan hari ini memberi jaminan bahawa pihaknya dan kontraktor akan bekerjasama rapat dengan LAK untuk menyelesaikan isu gangguan bekalan air di kawasan terjejas itu.

    Dalam masa yang sama Dato Sri Julaihi turut menyambut baik usaha dan jaminan Sarawak Metro dalam melaksanakan kerja baik pulih tersebut sekali gus meminta mereka untuk berhubung dengan LAK atau jabatan berkaitan supaya dapat benar-benar mengenal pasti di mana letaknya kerosakan paip tersebut.

    Ujarnya, beliau juga menasihati agar penduduk di kawasan perumahan yang terjejas dapat memberikan kerjasama bagi membolehkan bekalan air dihantar melalui lori tangki berjalan lancar dan teratur.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dan ADUN Stakan; Datuk Hamzah Brahim dan pegawai dari jabatan berkaitan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2024 (SNN): Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan menggerakkan lapan buah lori tangki...