More
    Home Sarawak Samarahan Bank Rakyat buka cawangan di Pekan Sebuyau

    Bank Rakyat buka cawangan di Pekan Sebuyau

    SEBUYAU, 20 JULAI 2021 (SNN) : Bank Rakyat bakal membuka cawangannya di pekan Daerah Kecil Sebuyau menjadikan bank pertama yang akan memulakan operasinya di pekan tersebut menjelang Ogos ini.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, pembukaan Bank Rakyat di Pekan Sebuyau pada Ogos ini nanti sudah pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan peniaga dan penduduk di kawasan sekitar Sebuyau.

    “Sebuyau yang menjadi laluan kepada jalan pesisir dan jalan utama kedua dijangka akan mempunyai masa depan yang cerah khususnya dari segi perkembangan sosio-ekonomi. Tambahan lagi, dengan wujudnya sistem perbankan disini sudah pasti akan menjadi tumpuan bagi tujuan urus niaga sektor ekonomi masyarakat.

    “Mewakili rakyat Sebuyau saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dato Sri Dr Hj Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan pihak pengurusan Bank Rakyat kerana mendengar dan telah meluluskan permohonan saya untuk membuka cawangan baharu di Pekan Sebuyau,”kata beliau ketika membuat tinjauan persediaan bangunan baharu Bank Rakyat di Pekan Sebuyau pada Sabtu.

    Kunjungan Datuk Julaihi ke atas bangunan baharu Bank Rakyat di Pekan Sebuyau Sabtu lalu.

    Jelasnya, beliau turut berterima kasih kepada Penolong Pengurus Cawangan Sebuyau, Encik Nazri Nordin dan Encik Wan Azwan Wan Zainal Abidin, Pemangku Ketua Excess Rakyat serta pegawai kakitangan kerana sudi menerima kunjungan beliau bersama rombongan dan di atas penerangan ringkas yang diberikan. Diharap dengan wujudnya institusi perbankan ini nanti dapat merancakkan lagi sosio-ekonomi masyarakat Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...