More
    Home Banduan lolos dari penjara berjaya diberkas semula

    Banduan lolos dari penjara berjaya diberkas semula

    KUCHING, 06 JULAI 2021 (SNN) : Dua banduan yang lolos dari Penjara Puncak Borneo pada 1 Julai lalu berjaya diberkas semula dalam satu operasi besar-besaran yang telah masuk pada hari kelima.

    Menurut laporan berita RTM di Facebook, setelah mendapat maklumat bahawa melihat kedua suspek di dalam hutan berkenaan beberapa pasukan polis termasuk Pasukan Tiger Platoo menyerbu masuk ke kawasan tersebut untuk membuat ‘flushing’ bagi menakut-nakutkan kedua banduan supaya keluar dari kawasan hutan.

    Pada masa yang sama, warden penjara beserta pihak keselamatan lain telah memasang perangkap dengan menanti disekeliling hutan berkenaan. Hasilnya, kedua-dua banduan terbabiit berjaya diberkas ketika ingin keluar dari hutan itu.

    Banduan Mohamad Fikrry Azzarudin Abdullah, 26, berasal dari Sibu dan Rahmat Simbolan, 38, warga Indonesia berjaya dicekup lebih kurang jam 2.30 petang di pinggir hutan berdekatan Taman High Park, Batu 12, Kuching.

    Suspek berjaya diberkas dalam operasi besar-besaran semalam

    Terdahulu, dua suspek yang lolos bersama dua lagi banduan yang lain sedang berada di Rumah A1 Penjara Puncak Borneo telah melarikan diri melalui tingkap tandas ruang tamu lalu menuju ke pagar utama. Mereka kemudian bertindak keluar dari Kompleks Penjara Puncak Borneo sebelum memasuki kawasan hutan berhampiran. Walau bagaimanapun, dua banduan lain yang dikenali sebagai Diveni dan Bobin berjaya diberkas semula oleh pihak berkuasa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...