More
    Home Malaysia Bajet Sarawak 2022 bukti kerajaan GPS mengutamakan keperluan rakyat dan pertumbuhan ekonomi-Datuk...

    Bajet Sarawak 2022 bukti kerajaan GPS mengutamakan keperluan rakyat dan pertumbuhan ekonomi-Datuk Julaihi Narawi

    KOTA SAMARAHAN, 14 OKTOBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi menyifatkan Belanjawan Negeri Sarawak 2022 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini adalah berpaksikan keperluan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negeri yang membuktikan bahawa kerajaan di bawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan rakyat.

    Melalui belanjawan tersebut, agenda pembangunan dan perhubungan luar bandar samada dari segi jalan raya, pembinaan jambatan dapat diteruskan sepertimana yang dapat dilihat ketika ini banyak projek-projek infrastruktur sedang giat dilaksanakan selain turut memberi perhatian kepada penyediaan kemudahan internet di kawasan luar bandar.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau memberitahu, selain pembangunan kemudahan rakyat tidak dilupakan juga pembangunan sosial ekonomi rakyat yang turut diberikan penekanan antaranya pemberian bantuan kepada usahawan-usahawan di negeri ini diteruskan di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0.

    “kerajaan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari juga tidak lupa kepada sumbangan penjawat awam di negeri ini oleh itu pemberian bantuan khas setengah bulan gaji kepada penjawat awam peringkat negeri manakala penjawat awam persekutuan yang bertugas di Sarawak menerima RM500 diumumkan,” katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan Negeri Sarawak 2022 di Kota Samarahan semalam.

    Salah satu intipati Belanjawan Sarawak 2022 yang dikongsikan bersama oleh YB Datuk Julaihi Narawi

    Jelasnya, belanjawan negeri Sarawak kali ini keseluruhannya adalah amat bertepatan dengan keadaan semasa ini selepas negara dilanda wabak Covid-19 dua tahun lalu yang sudah pasti memberi impak besar ke atas pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tahun baharu 2025 satu peluang buat Sarawak untuk melangkah lebih maju-Julaihi

    0
    KUCHING, 01 JANUARI 2025 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menzahirkan ucapan menyambut Tahun Baru 2025 buat seluruh rakyat Sarawak...