More
    Home Sarawak Kuching Azizul minta penduduk Sematan bekerjasama dalam usaha memajukan kawasan itu sebagai tumpuan...

    Azizul minta penduduk Sematan bekerjasama dalam usaha memajukan kawasan itu sebagai tumpuan pelancongan

    LUNDU, 12 JANUARI 2022 (SNN) : Penduduk di kawasan Sematan diminta untuk bekerjasama memajukan kawasan mereka dalam usaha menjadikan kawasan itu sebagai tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negeri.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, masyarakat di Sematan dan kawasan lain di N3 Tanjong Datu harus merebut peluang ini untuk maju bersama-sama ekoran kawasan berkenaan mempunyai banyak tempat yang berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan.

    “Dalam hal ini rakyat perlu akur walaupun ada infrastruktur yang masih perlu ditambah baik. Saya akan melihat satu persatu permasalahan dan kesulitan yang dihadapi agar permasalahan dapat diselesaikan bersama,” katanya pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) di Masjid Daerah Sematan, semalam.

    Sekitar majlis tahlil untuk Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem di Masjid Daerah Sematan

    Pada majlis itu juga, turut diadakan Majlis Tahlil Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

    Azizul berkata, Sematan merupakan tempat yang begitu dekat di hati Allahyarham Tok Nan kerana beliau banyak menghabiskan masa dengan berburu dan menangkap ikan.

    Azizul turut menzahirkan terima kasih kepada penduduk Tanjung Datu kerana memberi mandat dan sokongan pada PRN-12 lalu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Hadir sama, Timbalan Ketua Cawangan PBB N3 Tanjong Datu, Kaunselor Abu Seman Karim, Penghulu Jumahdi Sabian dan ketua-ketua kaum dan masyarakat Daerah Kecil Sematan dan ketua-ketua ranting Parti PBB N3 Tanjong Datu Zon Sematan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...