More
    Home Malaysia Awla Dris mahu setiap wakil kerajaan perlu memastikan pelaksanaan projek RTP dilaksanakan...

    Awla Dris mahu setiap wakil kerajaan perlu memastikan pelaksanaan projek RTP dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan

    SIMUNJAN, 21 SEPTEMBER 2022 (SNN): Kerajaan negeri sentiasa memastikan projek rakyat terutama yang melibatkan Projek Transformasi Luarbandar (RTP) disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, beliau mahu setiap wakil kerajaan Sarawak yang diberi tanggungjawab perlu memastikan semua projek RTP di kawasan masing-masing dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    “Contohnya di kawasan Simunjan, terdapat beberapa projek RTP yang mengalami kelewatan disebabkan masalah kontraktor sehingga menyebabkan projek tersebut lambat disiapkan.

    “Saya telah mengadakan lawatan ke tapak projek RTP bagi menaik taraf ruai Rumah Panjang Kampung Ensengei Iban, Simunjan. Projek yang bernilai RM348,856.33 itu merupakan projek di bawah RTP ADUN 2019 yang mana disambung semula apabila kontraktor terdahulu telah gagal menyiapkan projek tersebut di mana kontraktor skop kerja asal ditukar kepada skop kerja pembetulan,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

    Dalam pada itu, beliau turut berharap kontraktor terlibat agar melaksanakan kerja dengan mengikut jadual ditetapkan.

    Turut hadir sama Jurutera Awam JKR Bahagian Samarahan; Allan Chu Chang Loong, Pengurus Besar Ikhtiar Construction; Muhamad Zaidie Azemi, Tr. Minchong Pakal, Kampung Sebuyau Ensengei Iban Baru, Tr. Muda Bujang, Kampung Ensengei Iban Asal dan Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffien.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...