More
    Home Sarawak Kuching Awang Tengah serah geran MRP kepada sembilan Persatuan NGO

    Awang Tengah serah geran MRP kepada sembilan Persatuan NGO

    KUCHING, 12 JANUARI 2022 (SNN) : Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada sembilan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM220,000 di Wisma Sumber Alam pada Rabu.

    Menurut Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Sari, beliau menerima peruntukan tambahan daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memandangkan masih banyak pemohonan diterima.

    “Yang Amat Berhomat Ketua Menteri memberi peruntukan tambahan kepada saya dan sepatutnya geran ini dilepaskan tahun lepas. Menjalankan kegiatan-kegiatan sosial dan juga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli mereka,” katanya semasa sidang media ringkas selepas menyempurnakan simbolik penyerahan geran MRP.

    Sidang media Timbalan Ketua Menteri selepas penyerahan geran MRP kepada wakil NGOs

    Antara sembilan persatuan dan NGO yang menerima geran tersebut adalah Kelab Sukan dan Rekreasi MINTRED; Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi MUDeNR; Kelab Sosial dan Sukan, Jabatan Tanah dan Survei; Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian; Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching; Persatuan Taekwando Negeri Sarawak; Kelab JPJ Kuching dan Samarahan (KUSMA); Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Surau An-Nur JPJ Negeri Sarawak.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...