More
    Home Malaysia Awang Tengah mengetuai deligasi kerajaan negeri Sarawak dalam kunjungan hormat ke atas...

    Awang Tengah mengetuai deligasi kerajaan negeri Sarawak dalam kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri

    PUTRAJAYA, 20 OGOS 2022 (SNN): Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi kerajaan Sarawak melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra, di sini pada Khamis.

    Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memberikan taklimat kepada Perdana Menteri berkenaan perniagaan Sarawak di ASEAN dalam Sektor Tenaga Diperbaharui.

    Antara isu-isu yang dibincangkan adalah peranan Sarawak dalam memenuhi komitmen Malaysia dalam Perjanjian Asean Power Grid yang ditandatangani pada 2007.

    Pertemuan tersebut turut menyaksikan pembentangan projek yang dirancang oleh Sarawak dalam sektor tenaga bersama negara ASEAN seperti Singapura dan Indonesia.

    Datuk Amar Awang Tengah dalam pertemuan tersebut turut memohon sokongan Perdana Menteri supaya projek-projek itu dapat dibawa ke perbincangan di peringkat antara kerajaan iaitu kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

    Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Timbalan Menteri Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Datu Dr Mohammad Abdullah Zaidel, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy; Datu Sharbini Suhaili, Penasihat MINTRED; Datuk Naroden Majais dan Timbalan Peguam Besar Sarawak; Saferi Ali.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...