More
    Home Malaysia Anggota tentera maut ditikam isteri dalam satu pergaduhan di Kem Penrissen, Samarahan

    Anggota tentera maut ditikam isteri dalam satu pergaduhan di Kem Penrissen, Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 06 APRIL 2022 (SNN) : Seorang anggota tentera disahkan maut dipercayai ditikam isterinya selepas terlibat dalam satu insiden pergaduhan di kediaman mereka, pada Isnin.

    Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) berhubung kematian seorang lelaki yang dibawa ke hospital akibat cedera di bahagian paha kiri.

    Katanya, hasil siasatan awal mendapati berlaku satu pergaduhan antara mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai tentera dengan isterinya berusia 24 tahun di kediaman mereka di Kem Penrissen, Kota Samarahan sekitar jam 10.30 malam.

    “Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan bahagian paha kiri akibat tertusuk dengan pisau pemotong sayur yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Kata Sudirman lagi, mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan segera. Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di hospital berkenaan.

    “Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...