More
    Home Sarawak Kuching Anggap arak jenama 'Timah' sebagai singkatan nama puteri Rasulullah itu lebih biadap-...

    Anggap arak jenama ‘Timah’ sebagai singkatan nama puteri Rasulullah itu lebih biadap- Dr Syed Ali Tawfik

    KUCHING, 03 NOVEMBER 2021 (SNN) : Pihak yang menggunakan dan menganggap nama “Timah” pada jenama arak yang baru-baru ini hangat diperkatakan sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad SAW adalah satu perbuatan lebih biadap berbanding pihak yang menggunakan nama tersebut untuk jenama barangan.

    Memetik laporan daripada Awani, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al- Attas berkata, belum pernah dalam sejarah umat Islam nama puteri Rasulullah itu dipanggil dengan panggilan nama ringkas seperti “Timah”. Malah Dr Syed Ali Tawfik menjelaskan ‘Fatimah’ bukan nama wanita Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah nama wanita Arab.

    “Mereka tidak pernah merujuk Nabi Muhammad sebagai ‘Mat’. Mereka tidak pernah merujuk anak Nabi Muhammad sebagai ‘Timah’. Itu sangat biadap dan itu yang anda sedang lakukan. Jadi siapa yang biadap? Anda yang biadap kerana menganggap nama di botol wiski sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad, itu biadap.

    “Tiada siapa pernah fikir begitu. Selepas syarikat itu memberi penjelasan, malah anda enggan menerimanya. Maksudnya anda angkuh. Anda fikir anda sentiasa betul, anda enggan menerima penjelasan orang lain kecuali memaksa orang lain menerima pendapat anda. Bila sudah ada dalam fikiran anda, anda rasa ia betul. Pengetahuan anda korup,” katanya dalam satu video yang disiarkan di saluran YouTube milik beliau.

    Dr Syed Ali Taufik berucap melalui akaun Youtube miliknya berkenaan isu jenama arak ‘Timah’

    Dr Syed Ali Taufik juga menjelaskan, syarikat pengeluar wiski itu tidak perlu melakukan promosi kerana banyak pihak terutama ahli politik telah membantu melariskan jenama tersebut. Biarpun telah dijelaskan nama “Timah” yang digunakan adalah merujuk bijih timah, namun banyak pihak enggan menerimanya dan menganggap itu mencemari nama yang merujuk kepada wanita Melayu.

    Jelas beliau, baru-baru ini timbul kontroversi nama wiski buatan tempatan yang menggunakan jenama “Timah” yang dianggap menghina dan biadap kerana menggunakan nama wanita Melayu dan nama anak puteri Nabi Muhammad SAW. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan bersama syarikat berkenaan telah berbincang dan bersetuju untuk menjenamakan semula minuman keras jenama ‘Timah’ berkenaan. Diharapkan kerajaan pada masa akan datang bertindak lebih serius dalam menangani suatu isu yang melibatkan antara agama dan budaya masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum agar dapat mencapai titik kesamarataan dan saling menghormati.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...