More
    Home Sarawak Betong Anak muda Islam diseru agar istiqomah mempelajari dan mendalami ilmu agama untuk...

    Anak muda Islam diseru agar istiqomah mempelajari dan mendalami ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat-Razi Sitam

    DEBAK, 24 OKTOBER 2022 (SNN): Anak-anak muda hari ini diajak agar terus mendalami ilmu agama terutama dalam ilmu Al-Quran dalam membina kualiti kehidupan yang diredai di dunia dan akhirat.

    Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam, dengan melibatkan diri dari peringkat awal dalam mendalami ilmu agama, ianya dapat diserap dalam kehidupan mereka bila dewasa kelak.

    “Amalan membaca Al-Quran perlu diteruskan khusus untuk anak-anak dan saya mengucapkan tahniah kerana ramai anak-anak muda yang telah berjaya menghabiskan pembacaan 30 juzuk kitab suci itu.

    Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2022 Peringkat Kampung Debak Laut anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) Debak Laut di Simpang Tiga, Kampung Debak Laut pada Ahad.

    Ketibaan YB Razi disambut meriah dengan diarak oleh warga kampung.

    Dalam pada itu, Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas mengingatkan warga di situ untuk kekal berhati-hati walaupun masyarakat sudah dibenarkan untuk menganjurkan program selepas negara beralih ke fasa endemik.

    Ujarnya, tradisi perarakan tetap meriah walaupun telah menggunakan kenderaan pada era kini berbeza dengan zaman dahulu yang menggunakan perahu berhias.

    Untuk rekod, seramai 26 peserta telah mengikuti Majlis Khatamal Al-Quran kali ini untuk tahun 2022 bagi peringkat Kampung Debak Laut.

    Manakala seramai 150 penduduk kampung mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula dari Kampung Lalang Debak menuju ke Kampung Debak Laut seawal jam 7 pagi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...