More
    Home Sarawak Betong Anak kelahiran Sarawak diseru rebut peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri

    Anak kelahiran Sarawak diseru rebut peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri

    PUSA, 28 JULAI 2024: Para pelajar di Sarawak diseru agar memanfaatkan sebaiknya peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

    Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak telah banyak menabur budi dengan memberi pelbagai bantuan kepada pelajar-pelajar di seluruh Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

    Katanya, Sarawak telah banyak menubuhkan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Sarawak, Swinburne, i-CAT, Kolej Laila Taib, CENTEXS dan banyak lagi bagi merealisasikan pendidikan secara percuma kepada semua pelajar Sarawak yang berkelayakan pada tahun 2026, ujarnya.

    Beliau berkata demikian semasa merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Pusa di Dewan Komuniti Kampung Dato Godam, Pusa pada Sabtu.

    Mohad Shafizan ketika menyempurnakan simbolik Ekspo Pendidikan Negeri Sarawak peringkat Daerah Pusa-Foto UKAS

    Jelasnya lagi, penganjuran ekspo pendidikan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang tawaran pendidikan yang ada di Sarawak.

    Mohamad Shafizan menambah, SMK Pusa dan SMK Beladin merupakan antara sekolah menengah yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang dan memperolehi pekerjaan yang baik.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...