More
    Home Sarawak Kuching Anak kelahiran Kenyah-Kayan antara yang berjaya mendapat tawaran ke Universiti Oxford

    Anak kelahiran Kenyah-Kayan antara yang berjaya mendapat tawaran ke Universiti Oxford

    KUCHING, 21 OGOS 2021 (SNN) : Anak Sarawak kelahiran Kayan-Kenyah antara 14% pelajar di dunia yang berjaya ditawarkan ke Universiti Oxford Tahun 2021. Dipetik daripada Astro Awani, pelajar cemerlang kelahiran Baram, Sarawak, Chris Deng Vinsien berjaya melakar sejarah apabila ditawarkan ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).

    Chris, yang berdarah Kayan-Kenyah seolah-olah tidak percaya dirinya mampu mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-udang di universiti berprestij dan merupakan universiti kedua terbaik di dalam dunia itu. Menurut Chris, ibu bapanya menjadi inspirasi kepada kejayaannya dan harapan anak muda ini adalah untuk membuktikan bahawa pelajar dari etnik minoriti sepertinya juga boleh menempa nama di persada antarabangsa.

    “Bapa saya Vinsien Gau Jalong dan Maria Deng Wan, masing-masing dibesarkan di Long Banyok dan Long Laput di Baram. Kedua ibu-bapa saya sangat gembira dan berharap saya akan terus berusaha keras bagi mendapat kelas pertama (dalam pengajian) di masa hadapan, sekali gus memberi inspirasi terutamanya buat masyarakat Sarawak,” kongsi Chris.

    Chris dibesarkan di Bintulu dan dihantar ke sekolah berasrama penuh sejak berusia 13 tahun. Selain sentiasa merekodkan keputusan cemerlang dalam bidang akademik, Chris juga aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti debat dan muzik. Sebagai persediaan sebelum memasuki univerisiti tersebut beliau ttelah melakukan kajian berkaitan undang-undang menerusi UCAS Lab, yang mana saya membantu memberi panduan buat pelajar dalam proses permohonan mereka ke universiti di serata UK.

    Chris pernah melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan menamatkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor.

    Chris (tengah) bersama kedua ibu bapanya.Sumber FB Chris..

    Tambahnya, pemuda pintar ini juga memasang niat untuk membantu orang-orang Sarawak dan dia percaya bahawa pencapaiannya itu didorong daripada kedua orang tuanya. Menurut Chris, dia ingin memberi inspirasi kepada pelajar terutamanya di Sarawak bahawa latar belakang bukanlah penghalang bagi seseorang itu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

    Tiada kejayaan yang mudah, Chris sendiri juga berhadapan dengan cabaran menangani situasi pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan pembelajarannya dan sebelum ini pula, berdepan dengan kekurangan pendedahan untuk menyambung pengajian di luar negara. Beliau juga pernah berdepan dengan cabaran seperti kurangnya pendedahan terhadap biasiswa pengajian di luar negara dan pencapaian cemerlang dalam akademik adalah bukan sesuatu perkara yang lazim dalam komuniti saya.

    “Untuk layak ke Oxfod, pemohon perlu mendapatkan gred cemerlang dalam ujian biasanya 3A+ atau 4A+ dan perlu melalui ujian yang dikendalikan oleh Oxford. Bagi yang telah disenarai pendek, mereka akan dipanggil untuk sesi temu duga sama ada di Oxford atau secara dalam talian,” kongsinya ketika ditanya berkenaan dengan proses kemasukan.

    Jelasnya, selain diterima ke Universiti Oxford dia turut ditawarkan tempat di London School of Economics (LSE) yang merupakan universiti ke-5 terbaik di United Kingdom dan King’s College di London.-BERNAMA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...