• Mohamad Zainal pernah memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah D5 Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Daerah Perak Tengah.
  • Pelantikan dan kenaikan pangkat beliau ke Komisioner Polis (CP) menjadikan Mohamad Zainal pegawai polis termuda yang menyandang jawatan berkenaan.
  • Datuk Mancha Ata merupakan anak Dayak pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak menggantikan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada 2023

Kuching, 16 September: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, 47, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuat kuasa 29 September, menggantikan Datuk Mancha Ata yang bersara wajib pada tarikh sama.

“Alhamdulillah, masa untuk berkhidmat di negeri kelahiran pula setelah hampir 30 tahun berkelana di Semenanjung Malaysia, belajar dan bekerja. Terima kasih kepada pucuk pimpinan yang memberikan kepercayaan untuk memimpin negeri Sarawak, Insya-Allah” –  Datuk Mohamad Zainal Abdullah

Mohamad Zainal menyifatkan pelantikan tersebut sebagai peluang untuk menabur bakti di negeri kelahirannya selepas tempoh panjang berkhidmat dan menimba pengalaman di Semenanjung Malaysia. Beliau merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan atas kepercayaan yang diberikan dan menegaskan komitmen untuk memperkukuh keselamatan serta ketenteraman awam di Sarawak.

Menurut jurnalis terkenal, Syahril A. Kadir, beliau amat bertepatan dengan kredibiliti akademik dari institusi dalam dan luar negara. Foto daripada: Facebook Datuk Mohamad Zainal.

Sepanjang kerjaya dalam bidang siasatan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang. Dari segi kelayakan, beliau merupakan antara graduan program pengurusan lanjutan di Harvard Business School dan memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA, Sarjana Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA serta Sarjana Muda Pentadbiran Sosial dan Keadilan dari Universiti Malaya. Beliau merupakan alumni Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

Pelantikan beliau adalah sebahagian daripada pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan 38 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia. Setakat ini, senarai rasmi pertukaran berkenaan belum dikeluarkan oleh PDRM dan majlis pelantikan rasmi juga belum diadakan.

Sebelumnya Datuk Mancha Ata dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sarawak. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak sejak 9 Jun 2021 dan sebelum itu memegang beberapa jawatan penting termasuk Komander Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak.

Pelantikan Datuk Mohamad Zainal dijangka membawa perubahan baharu kepada pucuk kepimpinan Polis Sarawak dengan tumpuan kepada inovasi, profesionalisme dan pengukuhan keselamatan negeri.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here