More
    Home Sarawak Kuching Ambil langkah proaktif cegah serangan buaya kembali berulang- Wan Junaidi

    Ambil langkah proaktif cegah serangan buaya kembali berulang- Wan Junaidi

    KUCHING, 27 MEI 2022 (SNN): Pihak berwajib perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan insiden melibatkan buaya yang mengganas tidak lagi berulang.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya perkara ini tidak ditangani ia akan menyebabkan kerap berlakunya pertembungan antara manusia dan buaya.

    Ahli Parlimen Santubong itu menambah, jika diimbas kembali ketika beliau berjaya mengeluarkan Sarawak daripada Jadual Satu (1) kepada Dua (2) Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) susulan kebimbangan buaya yang terlalu banyak ketika itu.

    “Apabila Sarawak berada dalam Jadual Dua (2), pihak berkuasa boleh menangkap dan membunuh buaya secara berkala dan sistematik bagi mengurangkan jumlah haiwan itu namun tidak mendatangkan kepupusan.

    “Biarpun sudah berada dalam Jadual Dua (2), kita masih tidak mengawal populasi reptalia ini, sehingga serangan berlaku di bandar tetapi di kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas dua insiden terbaharu melibatkan serangan buaya di Kampung Nyabut, Telaga Air yang melibatkan seorang mangsa kanak-kanak berusia 6 tahun dan di Sungai Ahong, Kampung Kangka, Lundu melibatkan soerang lelaki berusia 50-an.

    Dalam pada itu, beliau menggesa agensi berkaitan melaksanakan satu langkah proaktif dan holistik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

    “Perkara ini membimbangkan saya kerana apabila tiada tindakan yang boleh mengurangkan jumlah buaya, ia memberi kesan kepada apa yang diputuskan CITES ketika bersidang di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2016.

    “Saya ingin tahu sama ada, tiadakah perundangan dan sistem berkaitan pengawalan buaya ini dalam membolehkan ia diniagakan pihak tempatan yang memberi pulangan kepada masyarakat setempat seperti yang dikehendaki oleh CITE,” jelasnya lagi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Sarawak tingkatkan prestasi akademik pelajar di negeri...

    0
    BARAM, 04 DISEMBER 2024: Kerajaan Sarawak komited dalam meningkatkan prestasi akademik para pelajar di negeri ini dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah dirancang, demikian...