More
    Home Sarawak Kuching Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak anjur program AKYBMS Berselawat sempena Sambutan...

    Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak anjur program AKYBMS Berselawat sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H

    KUCHING, 19 OKTOBER 2021 (SNN) : Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) melaksanakan program AKYBMS Berselawat 1443 Hijrah bersempena Sambutan Maulidur Rasul tahun 2021 bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Menerusi perkongsian di laman rasmi AKYBMS, program ringkas yang dianjurkan tersebut dimulai dengan sesi pendaftaran peserta dan melakukan ujian saringan menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 (RTK) bagi memastikan setiap peserta bebas dari jangkitan wabak Covid-19 disamping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Menurut kenyataan itu lagi, program AKYBMS Berselawat tersebut dimulakan dengan alunan marhaban dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Kumpulan Zikir Darul Muslimin. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan simbolik perarakan di sekitar perkarangan pejabat AKYBMS yang disertai lebih kurang 50 orang peserta.

    Perarakan yang diketuai Pengurus Besar AKYBMS YBhg Datu Hj Sanib Bin Hj Said.

    Jelasnya, semoga anjuran program seperti ini dapat diteruskan oleh semua lapisan masyarakat Islam khususnya bagi memupuk kita sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta dan rindu kepada baginda serta mendapat rahmat dari Allah SWT.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...