More
    Home Malaysia Amalan rasuah harus dibendung secara sostematik&holistik bagi menjamin sistem yang telus-Julaihi

    Amalan rasuah harus dibendung secara sostematik&holistik bagi menjamin sistem yang telus-Julaihi

    SEBUYAU, 25 JUN 2023 (SNN): Amalam menerima dan memberi rasuah merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan holistik di semua peringkat jabatan.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, sekiranya amalan rasuah ini tidak ditangani, maka ia akan memberi kerugian besar kepada negara dan Sarawak amnya.

    Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menggariskan dengan jelas tentang hala tuju gerakan pembudayaan integriti yang komprehensif semasa dalam acara tahunan iaitu Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i).

    “Premier Sarawak juga telah merangka Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 atau PCDS 2030 untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang maju dan makmur.

    “Maka adalah penting untuk kita semua mengekalkan integriti dalam tugas harian mahupun dalam menguruskan sumber dan kekayaan Sarawak dengan mengekalkan integriti bagi mencapai misi menjadi negeri yang terkaya di Malaysia,” katanya semasa hadir mersmikan Program Jelajah Integriti Daerah Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau di sini pada Sabtu.

    Datuk Julaihi menyempurnakan simbolik memotong riben banting sempena Jelajah Integriti di Sebuyau baru-baru ini-Foto galeri Datuk Julaihi

    Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menegaskan, selaras dengan visi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030, kerajaan Sarawak melalui Unit Integriti dan Ombudsman (UNION) Sarawak perlu terus komited dalam membudayakan amalan integriti di segenap lapisan masyarakat.

    Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid DiRaja Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, budaya integriti perlu disematkan bermula dari peringkat akar umbi kerana kepimpinan mereka adalah ‘mata’ dan ‘telinga’ pihak kerajaan.

    Tegasnya, selain mendekatkan pemimpin dengan rakyat, program tersebut juga bertujuan menyalurkan maklumat yang tepat serta berkongsi ilmu yang bermanfaat agar masyarakat akan terus maju berintegriti tinggi menjelang tahun 2030.

    Turut hadir, Pengarah UNION Sarawak; Semawi Mohamad, Timbalan Residen Bahagian Samarahan; Anuar Daan, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang, Penolong Kanan Penguasa SPRM Sarawak; Abdul Kadir Mohammad serta tetamu jemputan lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...