More
    Home Sarawak Kuching Amalan integriti harus ada dalam diri setiap penjawat awam Sarawak

    Amalan integriti harus ada dalam diri setiap penjawat awam Sarawak

    KUCHING, 17 JUN 2023 (SNN): Semua penjawat awam yang berkhidmat di Sarawak samada di bawah Kerajaan Pusat mahupun Sarawak harus sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tugas dan dalam semua aspek.

    Memetik laporan UKAS, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Jabatan Premier Sarawak (UNIONS) telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti Penjawat Awam Siri 2 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam Sarawak.

    Menurut satu kenyataan medianya, seramai 200 peserta terdiri daripada pegawai pelbagai agensi kerajaan telah hadir dalam program yang berlangsung selama satu hari itu pada Khamis.

    Jelasnya, program pengukuhan tersebut memberi pendedahan, pengetahuan dan penekanan kepada peserta tentang kesan rasuah kepada diri dan keluarga, menyahut seruan untuk memerangi rasuah, menghuraikan punca-punca rasuah dan hukuman pemenjaraan.

    Terdahulu, Program Pengukuhan Integriti Penjawat Awam Siri 1 telah dianjurkan di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada 13 Jun 2023.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Dato Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya telah hadir menyempurnakan majlis penutupan program tersebut.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...