More
    Home Sarawak Kuching Allah Maha Bijaksana! Pelajar 11A SPM yang baru kehilangan ibu dirawatnya kini...

    Allah Maha Bijaksana! Pelajar 11A SPM yang baru kehilangan ibu dirawatnya kini menerima 10 tawaran sambung belajar dan biasiswa serentak.

    KUCHING, 16 JUN 2023 (SNN): Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Itulah kata-kata yang dapat diungkapkan kepada adik Muhammad Shahril yang tular baru-baru ini mendapat keputusan 11A SPM berkat menjaga ibunya yang terlantar sakit ditambah lagi dengan pemergian ibunya selang beberapa hari mendapat keputusan peperiksaan itu.

    Sekali lagi, nama Muhammad Shahril menjadi perbualan netizen apabila dia menerima 10 tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta biasiswa secara serentak sejurus memperoleh keputusan cemerlang itu.

    Memetik laporan dari Sinar Bestari, beliau yang kini dikenali seluruh negara kerana kesetiaannya menjaga ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail yang sakit dan baru sahaja meninggal dunia berkata, tawaran diterimanya begitu mengejutkan namun dia perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

    “Saya perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum memilih untuk menyambung pelajaran di mana-mana pusat pengajian.

    “Setakat ini, saya mahu meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok, Kelantan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah,” ujarnya.

    Tambahnya, tawaran pengajian dan biasiswa yang diterima daripada pelbagai agensi memang banyak dan beliau ucapkan seribu penghargaan serta ribuan terima kasih kepada semua.

    “Mohon doakan saya dan keluarga serta kita semua berjaya dunia akhirat dan menjadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,” ujarnya yang turut mendedahkan menerima tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank lain.

    Kisah kejayaan Shahril merangkul 11A dalam SPM 2022; kesetiaannya menjaga ibu, Tuan Faridah yang terlantar sakit saraf sejak empat tahun lalu hinggalah ibunya meninggal dunia pada Sabtu lalu telah menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti sisi ‘baik’ anak muda ini.

    Justeru, peribadi mulia dan akhlak terpuji seperti ini amat wajar menjadi contoh kepada anak muda lain di luar sana agar dalam mengejar cita-cita diiringi dengan keredaan daripada kedua ibu-bapa dan Allah SWT.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan BKAS disalurkan dalam bentuk kredit melalui Spay Global-Abang Jo

    0
    KUCHING, 12 DISEMBER 2024: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Spay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay)...