KUCHING, 06 JANUARI 2024 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang diketuai oleh Datu Pengurus Besar, Datu Dr. Hj Sanib Bin Hj Said telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Datu Hj Abdul Hadi Bin Datuk Hj Abdul Kadir pada Khamis.
Memetik dari AKYBMS, pertemuan selama lebih satu jam itu terdapat beberapa perkara telah dibincangkan khususnya berkenaan dengan hala tuju perjuangan AKYBMS untuk masyarakat Melayu Sarawak.
Dalam masa yang sama juga, kedua-dua pihak turut membincangkan beberapa perancangan untuk masa hadapan dan membahas isu-isu penting lain.
Pihak AKYBMS turut menyatakan hasrat agar kerjasama diantara dua pihak sebagai rakan kolaboratif strategik terus terjalin dalam merealisasikan dan sebagai sokongan keatas AKYBMS dalam membangunkan bangsa Melayu Sarawak.
Turut hadir sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Encik Amirul Akbar Bin Osman.