More
    Home Sarawak Kuching AKYBMS serah sumbangan kepada golongan asnaf dalam siri jelajah Ihya Ramadan 2023

    AKYBMS serah sumbangan kepada golongan asnaf dalam siri jelajah Ihya Ramadan 2023

    KUCHING, 30 MAC 2023 (SNN): Setiap kali tiba bulan puasa sudah menjadi amalan dan aktiviti tahunan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menyantuni golongan asnaf dalam siri jelajah Ihya Ramadan AKYBMS.

    Menurut kenyataan medianya, siri pertama jelajah ihya ramadan itu dimulai di dua lokasi sasaran iaitu Masjid Darul Istiqal, Sungai Maong dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Bintawa Hulu yang mana para asnaf yang terpilih telah menerima sumbangan berupa bekalan makanan dan sedikit saguhati berupa wang ringgit.

    Proses penyerahan sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh kakitangan AKYBMS bagi mewakili Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr Hj Sanib Hj Said.

    Dalam pada itu, AKYBMS turut menyeru agar semua umat Islam khususnya di negeri ini untuk meningkatkan amal ibadah lebih-lebih lagi di bulan puasa ini disamping mengeratkan hubungan sesama keluarga, saudara seagama dan masyarakat sekeliling agar dapat membentuk suasana kehidupan yang lebih baik.

    Akhir kata, pihak AKYBMS beharap dengan sedikit sumbangan yang telah diagihkan tersebut dapat mengurangkan beban serta menampung kekurangan sepanjang menjalankan ibadah puasa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...