More
    Home Sarawak Kuching AKYBMS berhasrat untuk mencalonkan Hikayat Panglima Nikosa dalam program UNESCO

    AKYBMS berhasrat untuk mencalonkan Hikayat Panglima Nikosa dalam program UNESCO

    KUCHING, 22 DISEMBER 2024 (SNN): Kolokium Novel Pertama Di Dunia ‘ Hikayat Panglima Nikosa’ yang merupakan acara Tahunan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan kali ini dengan kerjasama Institusi Pengajian Borneo Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertujuan memperingati Novel Melayu pertama yang dikarang oleh anak Melayu Sarawak iaitu Ahmad Shawal pada tahun 1876.

    Buku terbitan yang berjudul ‘Hikayat Panglima Nikosa, Mendapat Kesusahan Ketika Perang Sebelum Mendapat Kesenangan’ itu merupakan milik ketamaduan bangsa Melayu Sarawak secara kolektif dan menjadi cerminan ketamadunan bangsa yang mana merangkumi falsafah pemikiran, intelektual serta kearifan lokal masyarakat tempatan.

    Sehubungan dengan itu, AKYBMS berhasrat untuk mencalonkan Hikayat Panglima Nikosa itu sebagai salah satu warisan dokumentasi dalam program UNESCO Memory of the World yang bertujuan untuk mengiktiraf nilai sejarah, budaya dan sastera yang terkandung dalam novel berkenaan.

    Malah, AKYBMS juga berhasrat dengan pencalonan itu dapat menjadikan hikayat berkenaan menjadi satu warisan yang diabadikan dan dihargai di peringkat antarabangsa sebagai satu khazanah dunia yang beharga.

    Lensa sekitar Program Kolokium Novel Hikayat Panglima Nikosa di Waterfront Hotel pada Sabtu-AKYBMS

    Antara pemakalah yang hadir pada program tersebut ialah Ahli Sejarawan Sarawak merangkap Pengurus Besar AKYBMS; Datu Dr. Sanib bin Hj Said, yang membahaskan tajuk Ahmad Shawal Abdul Hamid ‘ Hikayat Panglima Nikosa 1876: Mengimbas Kembali 10 Tahun Perjuangan Memartabatkan Warisan Melayu Sarawak. Timbalan Pengarah Institute Borneo Studies, UNIMAS; Dr. Sharifah Sophia binti Wan Ahmad, membincangkan Konsep ‘Negeri’ dalam Hikayat Panglima Nikosa.

    Pengurus Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu, Majlis Islam Sarawak; Encik Azuan bin Jemat, memberikan Penelitian Mengenai Kewujudan Adat dan Peraturan dalam Hikayat Panglima Nikosa: Satu Perbahasan Awal Intertekstualiti Teks Manuskrip Melayu. Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS; Dr. Haji Santrol bin Abdullah, menyampaikan tajuk Hikayat Panglima Nikosa: Peneguhan Akhlak dan Kepatuhan Terhadap Tatanan Ilahi dan Dr. Zuraini binti Seruji dari Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS, membentangkan Pengkaedahan Alamiah dalam Hikayat Panglima Nikosa: Simbolisme Alam dan Hubungan dengan Kehidupan Sejagat.

    Turut hadir sama ialah Pengarah Arkib Negara Malaysia, Negeri Sarawak; Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sarawak; Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Zon Sarawak, Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sarawak, Kementerian Komunikasi; Mohamed Faizal Shah bin Haji Ali serta Yang di-Pertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak; Dr. Wan Ali Tuanku Mashi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...