More
    Home Malaysia Agropark di Gedong dan Simunjan akan diwujudkan bagi tujuan penyelidikan dan pemasaran...

    Agropark di Gedong dan Simunjan akan diwujudkan bagi tujuan penyelidikan dan pemasaran hasil tani-Premier Sarawak

    GEDONG, 17 JULAI 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak berhasrat untuk mewujudkan ‘Agropark’ di kawasan Gedong dan Simunjan dengan kerjasama daripada Universiti Swinburne dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk membuka mini kampus bagi tujuan penyelidikan serta latihan teknologi moden pemasaran produk hasil tani.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi menjayakan sektor ‘Food Security’ sebagai permulaannya, kerajaan negeri akan membawa cadangan ini ke kabinet untuk mewujudkan agensi kerajaan yang akan fokus kepada permodenan industri pertanian.

    “Kerajaan negeri akan menanggung kos pembangunan makmal penyelidikan pertanian ini nanti dan apabila adanya makmal ini kelak ia mampu meningkatkan hasil pertanian serta memasarkan produk tempatan contohnya Beras Biris dari Lubok Punggor ini.

    “Perbelanjaan memang memakan dana yang besar dan kerajaan negeri akan menghulurkan bajet untuk kawasan luar bandar khasnya dalam pertanian,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2022 yang diadakan serentak bersama Program Jualan Terus Dari Ladang di Gedong pada Sabtu.

    Premier Sarawak melancarkan simbolik perasmian program dan menyerahkan Mock Cheque Insentif E-Wallet.-Foto Pejabat Premier Sarawak

    Tambahnya lagi, bagi kawasan Samarahan pula bermula dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya sehingga ke Sebuyau akan adanya kampus satelit UNIMAS untuk makmal penyelidikan pertanian ini.

    Langkah ini sudah pasti bakal memberi impak yang besar kepada sosioekonomi tempatan sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk setempat khasnya pemilik tanah.

    Dalam masa yang sama, Abang Johari turut menekankan betapa pentingnya penglibatan bersama antara kerajaan dan masyarakat bagi membasmi penyalahgunaan dadah yang akan memberi impak negatif kepada produktiviti rakyat dan negara.

    “Hari Antidadah Kebangsaan yang disambut setiap tahun bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan kepada rakyat tentang bahaya pengambilan dadah terhadap kesihatan, ekonomi dan pemangkin kepada jenayah dalam komuniti masyarakat.

    “Hal ini sangat tidak sihat untuk negara khususnya belia sekiranya mereka terjerumus dengan kancah dadah sudah pasti akan merosakkan masa depan mereka,”tegasnya.

    Turut hadir sama YB Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Seni dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak merangkap Pengerusi PEMADAM Sarawak; YB Datuk Sri Alexander Nanta Linggi , Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia; YB Martin Ben, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha ( Pembangunan ) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia; Sutekno bin Mohd Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan; Datuk Mohamad Mustapha bin Awang, Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaraan Pertanian Persekutuan ( FAMA); Dato Sri Haji Abu Bakar bin Marzuki; Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Haji Ibrahim bin Lumpu; Residen Bahagian Samarahan dan kenamaan lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...