More
    Home Sarawak Kuching Agensi pengurusan air di bawah Kementerian Utiliti diminta bersiap siaga hadapi musim...

    Agensi pengurusan air di bawah Kementerian Utiliti diminta bersiap siaga hadapi musim panas berpanjangan-Julaihi

    KUCHING, 25 APRIL 2023 (SNN): Setiap agensi pengurusan air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) telah diminta untuk bersiap siaga menghadapi musim panas yang dijangka berlarutan.

    Menterinya Datuk Julaihi Narawi memberitahu, MUTS telah melaksanakan satu pelan untuk menangani kemungkinan berlakunya masalah kekuranangan bekalan air yang akan memberi impak kepada kehidupan harian rakyat tempatan.

    “Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), Laku Management Sdn Bhd (LAKU) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah diminta untuk bersedia mengambil tindakan termasuk bagi mengatasi isu tekanan air rendah.

    “Kita juga akan melatakkan lori tangki air dalam keadaan siap sedia untuk dimobilisasikan. Jadi, kita akan menggerakkan semua lori tangki air ke kawasan terjejas sekiranya cuaca panas berlarutan,” katanya ketika ditemui media semasa Rumah Terbuka Aidilfitri beliau pada Isnin.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu menambah, MUTS juga akan meningkatkan penyelerasan bersama agensi lain termasuk yang mempunyai lori tangki air seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menjamin pengagihan bekalan air secara menyeluruh kepada kawasan terkesan nanti.

    Dalam pada itu, beliau berharap agar wakil rakyat dan agensi tempatan serta para pengguna segera melaporkan kepada MUTS dan juga agensi-agensi terlibat sekiranya berlaku sebarang isu ketiadaan air di kawasan masing-masing.

    Sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan diperlukan berkaitan bekalan air boleh dimajukan kepada agensi berkaitan seperti JBALB (082-262211), KWB (082-222222), SWB (013-8106311) serta LAKU di talian 085-426626 (Miri), 086-318160 (Bintulu) dan 085-215644 (Limbang).

    Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang dan Setiausaha Tetap MUTS; Jafri Lias.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...