More
    Home Malaysia ADUN Sebuyau tunai Solat Sunat Aidilfitri bersama 500 jemaah di Masjid Darul...

    ADUN Sebuyau tunai Solat Sunat Aidilfitri bersama 500 jemaah di Masjid Darul Aman Sebangan

    SEBUYAU, 31 MAC 2025: Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025/1446 Hijrah yang jatuh pada 31 Mac 2025 kali ini disambut meriah yang diawali dengan Solat Sunat Aidilfitri oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

    Tidak melepaskan peluang menunaikan ibadah di pagi raya itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi turut berpeluang menunaikan solat sunat bersama masyarakat Islam di Sebangan, Sebuyau, di sini, hari ini.

    Majlis yang dianjurkan di Masjid Darul Aman itu dihadiri kira-kira 500 orang jemaah yang terdiri daripada penduduk setempat bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri serta memperkukuhkan ukhuwah antara jemaah.

    Dato Sri Julaihi bersama para jemaah ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri

    Difahamkan, majlis yang bermula sejak pukul 7.30 pagi itu disambut meriah oleh masyarakat Islam dan diteruskan dengan takbir raya yang dipimpin oleh Ustaz Hamid Hoodi, Imam Masjid Darul Aman dan seterusnya bacaan khutbah yang bertajuk “Hakikat Kemenangan Aidilfitri”.

    Dalam khutbah tersebut, pelbagai nasihat dan peringatan telah diberikan, termasuk kepentingan kesyukuran dan perpaduan dalam masyarakat.

    Turut hadir sama, wakil Pegawai Daerah Sebuyau; Tahir Putih, Pengerusi Masjid Darul Aman Sebangan; Yaman Madian, Pemanca Aslu, Penghulu Abdul Hamid Ketua-Ketua Masyarakat dan penduduk setempat-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...