More
    Home Malaysia ADUN Sebuyau tinjau projek naik taraf jalan di Kampung Ensika Kakus.

    ADUN Sebuyau tinjau projek naik taraf jalan di Kampung Ensika Kakus.

    SEBUYAU, 19 OKTOBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkesempatan meninjau sendiri perkembangan projek naik taraf jalan yang menghubungkan jalan Kampung Ensika Kakus bermula dari Rumah Panjang Maramat Ak Lalat hingga ke Ensika Lamak, Rumah Panjang Sadon Ak Ason serta Sekolah Rendah Kebangsaan Rajau Ensika.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau yang berkongsi perkembangan pembinaan jalan di kawasan kampung berkenaan di laman Facebook miliknya menjelaskan projek rakyat tersebut dilaksanakan adalah bertujuan bagi menggantikan jalan yang sedia ada dimana hanya boleh dilalui oleh kenderaan motosikal dan berjalan kaki. Apabila siap kelak kenderaan penduduk Ensika Lamak tidak perlu lagi diletakkan di penghujung kampung iaitu di Ensika Kakus dan perlu berjalan kaki untuk sampai ke rumah.

    Kerja-kerja menembok dan melebarkan jalan raya menuju ke rumah panjang sedang giat dilaksanakan

    Tambah beliau lagi, sebelum adanya jalan berkenaan penduduk di Ensika dan di sepanjang Sungai Sebangan menggunakan jalan air untuk pergi ke pekan atau kampung-kampung lain malahan ada yang sanggup meredah jalan kebun dan kawasan pergunungan di sekitar untuk mendapatkan bekalan makanan di luar kawasan kampung.

    “Namun, atas keprihatinan kerajaan negeri yang telah meluluskan projek pembinaan jalan perhubungan kampung penduduk-penduduk di dua buah rumah panjang berkenaan kini boleh berulang-alik ke Pekan Sebuyau, Sebangan bahkan ke Kota Samarahan dan Kuching untuk melakukan sebarang urusan penting,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...