SEBUYAU, 25 MAC 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi sempurnakan majlis penyerahan sumbangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kepada 20 golongan asnaf di Kampung Tebelu pada Ahad.
Majlis yang bertemakan Ziarah Ramadan 2024 yang diadakan di pekarangan Masjid An-Nur itu turut diisi dengan program memasak bubur pedas yang kemudian nantinya diagihkan kepada penduduk kampung.
Sebanyak 300 bekas bubur pedas berjaya diagihkan kepada penduduk di Kampung Hilir dan Kampung Hulus Tebelu yang mana proram tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat Sebuyau, Pejabat Daerah Sebuyau bersama ahli jawatankuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hilir dan Kampung Hulu Tebelu.
Majlis pengagihan bubur pedas itu juga telah disempurnakan oleh Dato Sri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.
Selesai majlis agihan bubur pedas, Dato Sri Julaihi bersama rombongan turut berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama komuniti setempat.
Turut hadir wakil Pegawai Daerah Sebuyau; Tahir Putih, Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Sebuyau; Asli Yahya, Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau; Abu Seman Suhaili, Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebangan; Abdul Hamid Zaini, Ketua Masyarakat Kampung Hulu Tebelu; Polly Mat, Ketua Masyarakat Kampung Hilir Tebelu; Setil Sauli dan Pengerusi Masjid An-Nur Kampung Tebelu; Mustapha Matusen.-UKAS