More
    Home Malaysia ADUN Sebuyau serah geran MRP kepada 42 penerima dari pelbagai agensi

    ADUN Sebuyau serah geran MRP kepada 42 penerima dari pelbagai agensi

    SEBUYAU, 01 OKTOBER 2021 (SNN) : Seramai 42 penerima yang terdiri daripada pelbagai agensi dan pertubuhan seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sebuyau, Jawatankuasa Masjid, Surau dan Gereja serta Jawatankuasa Tempatan sekitar Daerah Kecil Sebuyau telah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi siri ke dua pada tahun ini.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata, geran yang diserahkan dengan nilai keseluruhan RM841,000.00 fasa kedua itu bertujuan bagi memenuhi keperluan penduduk di peringkat kampung dan rumah panjang atau jawatankuasa-jawatankuasa tempatan dari semasa ke semasa untuk melaksanakan aktiviti kecil bersama masyarakat.

    Dalam masa yang sama, Datuk Julaihi turut memaklumkan kepada penduduk sekitar Sebuyau terdapat beberapa projek rakyat yang sedang giat dilaksanakan dengan kos dana yang dianggarkan melebihi RM1 billion dan sedang rancak dilaksanakan.

    “Sebagai contohnya, projek pembinaan benteng laut bermula dari pekan Sebangan hingga ke Sebuyau, pembinaan jalan raya Sebuyau-Lingga, projek pembinaan Jambatan Batang Lupar, pembinaan beberapa tangki air besar tinggi dan juga booster station air dan naiktaraf keseluruhan projek bekalan air serta projek perumahan bandar baharu Sebuyau,” ujar beliau dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke Sebuyau baru-baru ini.

    Jelas beliau lagi, seiring dengan berlangsungnya majlis penyerahan geran MRP kepada penerima beliau turut menyampaikan alat-alat sanitasi mini kepada organisasi peringkat kampung hasil sumbangan daripada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sebagai salah satu dari program ziarah UKAS.

    Datuk Julaihi menyerahkan sumbangan alat sanitasi kepada wakil agensi tempatan di Sebuyau

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    0
    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke...